Selasa, November 30, 2010

Andainya Aku




Andainya
Aku mampu mengubah kehidupan
Akanku undurkan putaran masa
Agar dapatku perbetulkan semua
Kesilapan laku yang disengajakan atau tidak
Andainya
AKu mampu mengubah kejadian
Akanku aturkan setiap perjalanan
Agar tidka tersasar dari landasan
Biarpun itu bukan kemahuan
Andainya
Aku mampu mengubah kejadian
Aku akan pastikan
Penemanku hanyalah kejayaan
Biarpun ditimpa beban
Pastiku lawan..pastiku tahan
Tetapi
Bila ku cermin diri kembali
Siapalah aku sebenarnya
Keinsafan & kesedaran menyelebungi
Siapalah aku untuk semua ini
Aku hanyalah insan kerdil
Yang berpijak di bumi Ilahi
Yang masih mencari
Nur dari MU..Rabbi..

Selasa, September 28, 2010

I Asked...

i asked for strength...
and ALLAH gave me DIFFICULTIES to make strong.
i asked for wisdom...
and ALLAH gave me PROBLEMS to solve.
i asked fir prosperity...
and ALLAH gave me BRAINS and BRAWN to work.
i asked for courage...
and ALLAH gave me OBSTACLES to evercome.
i asked for love...
and ALLAH gave me TROUBLED PEOPLE to help.
i asked for favors...
and ALLAH gave me OPPURTUNITIES.
"i received nothing i wanted...
but i received everything i need"
Live life without gear, confront all obstacles and hurdles and you can overcome them...
Allah berikan daku kekuatan...

Jumaat, Ogos 20, 2010

Aku, Cinta & Kehidupan 1




Selamat Pagi..salam sejahtera buat semua..rasanya masih belum terlambat untukku ucapkan kepada semua muslimin muslimat diseluruh dunia..Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.Semoga Ramadhan kali membawa 1000 pengertian dan rebutlah peluang dibulan mulia ini dengan melakukan pelbagai ibadah...semoga diberkati dan dirahmati Ilahi. Insyallah..AKU..sekali lagi hati ini terusik..1 Ramadhan tiba..tetiba sahaja mengenangkan peristiwa lalu..kehadiran Ramadhan tahun lepas memberiku hadiah besar yang telah lama aku dan suami nantikan..pengalaman mengandungkan anak pertama amat berharga..namun, ia bukan milik kami..aku kehilangannya sewaktu 3 bulan dalam kandungan..pilunya..menitis airmata pabila terkenang saat itu...CINTA..merasai kehadirannya dalam perut..suatu yang indah dan betapa gembiranya perasaan itu. Aku redha menerima takdir Ilahi..KEHIDUPAN..aku lalui kehidupan seadanya..yang pergi biarlah..sabarlah dik..Allah Maha Mengetahui segalanya..itulah kata-kata keramat dari Abang Longku yang banyak mendorong aku untuk terus kuat..Mac 2010..sekali lagi aku diuji..aku disahkan mengandung kali kedua..betapa gembiranya hati ini..terubat luka lama..dalam kegembiraan dan teruja hati dikala itu..aku keguguran lagi..sewaktu kandungan berusia 2 bulan..berkecamuk perasaan ini..hebatnya Ujian Ilahi...sakit dada menahan sebak..pilu hati menahan sedu..perit jiwa menahan airmata..Redhalah...walau remuk mana pun hati diuji..sabar adalah pengubat agung..

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
- Surah Al-Imran ayat 139

Itulah janji Allah pada hambanya..tidak dinamakan kita manusia jika hidup ini tidak diuji..puas aku memujuk diri..bukan bererti aku mengenang nasib..tidak sama sekali..tetapi aku mahu kongsikan dengan kalian bahawa nikmat sabar itu terlalu hebat..Sabarlah..suatu peringatan besar buatku...juga buat semua muslimin muslimat...hidup ini tidak akan lari dari masalah..justeru bersyukurlah kerana kita terpilih kerana sentiasa diuji..Sabar itu sakit..namun, nikmat selepas sabar serta redha itu adalah besar ganjarannya..buat diriku..sabarlah selalu..jangan kecewa..biarkan berkali-kali kecundang..jangan berputus harap..semakin banyak berdoa..semakin banyak ujian Allah datang pada Kita..Allah takkan berikan suatu nikmat dengan begitu mudah pada hambanya..melainkan setelah ia bersabar, redha, tekun, tabah dan tidak berputus asa dengannya..Ya Allah..anugerahkan kesabaran dan kekuatan pada ku hambaMU yang kerdil ini..Amin..

Sabtu, Ogos 07, 2010

Aku, Cinta & Kehidupan..

Sepanjang perjalanan penuh cabaran...dugaan ku tempuhi dan Redha..ku tak mahu semuanya berakhir begitu sahaja..sesungguhnya..banyak pengajaran disebalaik semua itu..dan aku..mahu berkongsi segalanya..kerana kehidupan ini hanyalah suatu persinggahan untuk ke tempat abadi..aku hanyalah pengembara di bumi Allah..miskin dan naif..namun aku ada kekuatan dan keyakinan..bahawa apa yang telah ditentukan oleh Allah itu punya hikmahnya..Justeru..teruskan kehidupan dan cintailah diri kita sendiri..terlebih dahulu sebelum melafazkan cinta pada semuanya..Cintailah DIA Rabbul Izzati..kerana Dialah kita berpijak dibumi nyata ini..Aku, Cinta dan Kehidupan..sedari dari kecil hingga kini...

Rabu, Julai 21, 2010

Selamat Bertemu Lagi

Assalamualaikum...
Rindu untuk menulis..menatap post yang baru ni..namun banyak kekangan sejak dua menjak ini...tak berkesempatan menulis mahupun membaca blog ini. Banyak peristiwa yang berlaku..justeru sibuk dengan pelbagai kerja disekolah..macam-macam lagilah..Kali ini aku cuma bercerita tentang Qudrat dan Iradat Ilahi..Dia Yang Maha Berkuasa dan Berkehendak atas sesuatu.."..Kun Fayakuuun.."tatkala mengenangkan semua itu hatiku tersentuh dengan peristiwa nan lalu..Redhalah..semua atas ketentuan Ilahi. Hari ini, aku menerima berita yang menyedihkan..ianya dari seorang rakan sekerjaku..berita pagi tadi sewaktu dimeja makan...membaca mesej pesanan ringkas dari suamiku..menyatakan .." kepada semua warga SKAH, doakan saya selamat, Allah Maha Berkuasa..baby 7 bulan dalam kandungan, Allah dah jemput awal2..Ujian darinya. Semoga dia menjadi saham saya dan suami di akhirat..terbelit tali pusat kat leher..pagi ni saya pulang ke kampung dan kebumikan dia di sana.." tersentak aku membaca mesej..Takziah buat Na sekeluarga. Aku rasa cukup insaf..inilah kekuasaan Ilahi..aku cukup derita merasakan diuji suatu ketika dulu..namun ada insan lain yang hebat ujian buatnya. Aku tak mampu menyatakan apa-apa..semuanya atas kuasa Allah Ta'ala..sedangkan aku begini diuji..apatah lagi insan lain..Semoga Na tabah mengharungi ujian Ilahi ini..masih terngiang-ngiang di telinga kata-kata nasihatnya padaku..namun kini dia pula yang menghadapinya..Allah telah teliti mengaturkan segalanya dalam kehidupan kita..baik buruk, untung rugi, susah senang dan semuanya...seharusnya aku bersyukur...ingatlah Allah selalu..hati kita tenang dan derita lama itu kan terubat jua..Insyallah...

Sabtu, Mei 15, 2010

SELAMAT HARI GURU 2010



SELAMAT HARI GURU KU UCAPKAN KEPADA SEMUA WARGA GURU DISELURUH MALAYSIA..KHASNYA SEMUA RAKAN-RAKAN GURU YANG SAMA MENGAJAR DI SK. LUI SELATAN(F)..Sama-samalah kita berjuang dan bersabar memikul amanah yang diberi ini..semoga setiap bakti dan jasa yang dicurah akan menjadi hitungan berharga dan bermakna di sisiNYA..Insyallah..Harapan aku jua..semoga kita "guru" akan menjadi ASPIRASI kepada anak didik kita..kerana kita adalah contoh terbaik bagi mereka..be a good teacher!! Semoga Allah menyinari dunia kita dan mengiringi setiap langkah kita kita ke arah yag diredhai serta diberi segala yang terbaik buat kita..hari ini, esok dan selamanya..Insyallah..sama-samalah kita berdoa..Dikeesempatan ini juga inginku mengucapkan SELAMAT HR GURU kepada semua guru2 yang pernah mengajarku selama ini..sedari dibangku sekolah hingga kini...terutamanya ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah sewaktu berada dibumbung SMU Ar-Rahmah Kenali, Kubang Kerian, Kelantan. Doakan ank didikmu ini mg menjadi seorang guru yg bijaksana, hebat dan memberi manfaat kepada manusia..semoga anak-anak didikku jua beroleh keberkatan atas apa yang telah aku ajarkan sepertimana aku beroleh keberkatan ilmu yang kalian ajarkan..suatu ketika dulu...Insyallah..

Sabtu, Mei 08, 2010

SELAMAT HARI IBU



ibu..ibu engkaulah ratu hatiku
bila ku berduka
engkau hiburkan selalu..

Selamat Hari Ibu Buat semua kaum ibu diseluruh dunia amnya dan khasnya buat semua ibu di dalam ahli keluargaku...Alhamdulillah..dapat lagi aku menggarap satu entri minggu ini. Setelah lama berehat kini aku rasa semakin kuat..hidup mesti diteruskan..apa yang berlalu biarkanlah..aku akan tetap berusaha...dan yakin pada Kudrat Ilahi...meskipun begitu kesedihan itu tetap ada..Okey...nyanyian yang aku sisipkan itu sebenarnya sudah diketahui umum..iklan lagu itu selalu sahaja diiklankan dimedia...dan ia juga selalu bermain dibibir anak-anak kecil mahupun kita juga kan kan kan???Selamat Hari Ibu buat semua kakak2 dan kakak iparku...Jasa dan pengorbanan ibu begitu banyak untuk diceritakan...bagiku..tiada kata yang hebat dan tiada madah pujangga teragung yang dapat menggambarkan segalanya tentang ibu..biarlah dihati ini sentiasa mendoakan.Aku sudah tidak punya ibu...hampir 15 tahun hidupku tanpa ibu..diwaktu itu aku sangat memerlukannya disisi..menemani perjalanan alam remajaku..mengajarku tentang segalanya...namun dewasa kini aku amat merindui ibu..kerana aku banyak berhutang dengan ibu..banyak yang ingin aku kongsikan bersamanya..banyak yang mahu aku tunjukkan padanya..banyak yang hendakku ceritakan dengannya...Namun Allah lebih menyayangi ibu...aku redha..kerana ketiadaan ibu jualah banyak aku pelajari sendiri dalam kehidupan ini..yang menjadikan aku insan kuat,cekal dan tabah...tidak putus2 menerima ujian Ilahi..begitulah hikmahnya Allah menjadikan sesuatu itu..Bagi insan lain yang punyai ibu..jangan sia-siakan mereka walau hanya rasa marah sekelumit cuma..bahagiakanlah, gembirakanlah,hiasilah kehidupan mereka selagi hayat masih ada..erm...lagi satu..pernah kalian dengan lagu nyayian Pak Long "Selagi ada rindu"? Lagu itu mengisahkan pengorbanan seorang anak yang cukup setia menjaga orang tuanya hingga akhir usia..dengar dengarkanlah....lagi satu pintaku..doa2kanlah agar impianku untuk bergelar akan dimakbul jua suatu hari nanti...Insyallah.

Jumaat, April 30, 2010

Senyum Tawamu Sendu di Jiwaku

Terima kasih abang..
Kerana menjadi teman karibku
Terima kasih abang ..
Kerana menjadi teman senyum dan tawaku
Terima kasih abang..
Kerana menjadi sahabat tangisku
Terima kasih abang..
Kerana berkongsi suka duka bersamaku
Terima kasih abang..
Kerana bersusah payah untukku
Terima kasih abang..
Kerana mengubati laraku
Terima kasih abang..
Kerana setia bersamaku
Terima kasih abang..
Kerana bersabar denganku
Terima kasih abang..
Kerana bersamaku dalam kedukaan
Kerana bersamaku dalam keperitan
Kerana bersamaku menanggung sendu
Kerana bersamaku menempuhi Ujian Tuhan
Kerana itu..aku sayang dirimu abang..
Terima kasih atas segalanya
Diri mu seorang yang sangat memahami
Meskipun senyum tawamu bermain dibibir
Mengubati kedukaan ini
Namun sendu dijiwamu
Terpancar di mataku..
Sendumu itu..sengsara jua dijiwaku..
Tuhan..bahagiakanlah kehidupan kami..

YANG PERGI BIARKANLAH IA..SABAR DAN REDHALAH SAYANG..

18 April 2010
0730 a.m..

Kehilangan itu menyakitkan
Kehilangan itu memeritkan
Kehilangan itu mendukacitakan
Peritnya perasaan pabila kehilangan
Sakit dada menanggung sebak di dalam
Sesak nafasku menahan sendu dikalbu
Pahitnya untuk ku telan
Sukar menerima kenyataan
Tuhanku..
Berikan daku kekuatan
Menadah tangan menerima takdirMU
Aku Redha..pasrah dengan UjianMU
Kerana ku percaya pada KudratMU
Hikmah dan nikmat disebalik semua ini
Tuhanku..
Bawalah daku ketenangan
Kuatkan keimanan ku pada Qada' dan QadarMU
Tabahkanlah hatiku
Aku tega pada kedukaan ini
Kadangkala aku rasa tak mampu
Namun ku berserah segalanya padaMU
Tuhanku..
Aku tagih janji-MU
Ku Redha ia pergi dariku
Kerana ia belum menjadi milikku
Kerana ia milik Mutlak MU
Tuhanku..
Ku nantikan janji pasti MU
Temukan nanti daku dengannya
Di sana..di Taman Syurga..
Chikmann keguguran kali ke-2 pada 18 April 2010...

Isnin, April 12, 2010

KISAH WAN & TOK WAN


Salam 1 Malaysia buat semua pembaca...erm..da lama tak de entri baru..banyak peristiwa yang berlaku dan tiada kesempatan nak menatap skrin laptop ni..rindu kat laptop ni..hehehe..al-kisahnya aku kena admit dalam wad....(7 April-12 April)sebab masalah kesihatan..biasalah awal2 mengandung ni..berat turun la, tak lalu makan la, macam2...pulaknya da pernah ada miscarrige tahun lepas..so, kena dok kat sane hampir seminggu...Dok dalam wad..macam2 sifat dan peristiwa pahit manis dapatku lihat...ini sebenarnya lebih kepada pengalaman aku kat sne la...hehehehe..!! Tapi apa yang ingin ku kongsikan bersama kalian semua ialah "nilai kasih sayang" yang tiada bandingan...hari pertama admit wad, aku ditempatkan di klum yang pesakit pelbagai..aku sengaja minta berada di luar wad kelas biasa..kalau wad kelas satu nanti sunyi plak..sensorang je...lagi bosan..jiran sebelah katilku ini adalah seorang nenek..tua da...dia bahasakan dirinya "wan"..syahdu aku nengok dia..da seminggu dia kat wad,berehat sebelum jalani minor operation..matanya tak berapa nampak dah..orang tua..seharian dalam wad..Tuhan jelah yang tahu..betapa bosannya..kan..kan..kan..???Namun sedari keadaan itu aku cubalah jadi peramah..ngan sapa lagi...dengan "wan" la..Wan dah tak berapa nampak tapi pendengarannya masih bagus..aku pun jadi la "busy body" nyer orang.. "Wan anak bpe?"lemah wan menjawab.."anak wan ado anam,limo lalaki sprang pompuan.."( perbualan kami dalam loghat neg 9)aku layan lagi.."smuo dah kawen ko?" "yo..tingga wan ngan tok wan yo kek umah.."erm..aku mengiyakan.."abih smuo da kawen, ado anak bini da tak ingat wan ni dah."tetiba lak wan bersuara..keluh wan..terkedu aku seketika..kasihan wan..sibuk kojo tu agak eh wan..hujung minggu balik gak tu..aku menjawab dengan nada memujuk...wan tersenyum..tak tahulah apa makna nyer disebalik senyumannya itu..tok wan mano??aku mencelah anganan wan..kojap laei sampai la tu..erm..aku pun melayan lagi wan..maklumlah pesakit yang lain tu macam kaku je kat katil masing2.."cuak"aku nengok..sejurus kemudian..datanglah beberapa nurse kat katil wan..bagi wan ubat, tukarkan pakaian, suapkan sarapan kat wan..terharu melihat nurse...bagus sungguh!!!Rupa2nya kejap lagi wan akan dibawa ke bilik pembedahan..patutla...! aku pusing badan dan pejam mata..kononnya tidur!Tak lama kemudian masuk la seorang lelaki tua..da bongkok ckit badannya..bertanyakan aku.."mana poie orang katil sobolah ni nak?"Poei masuk bilik bodah.." jawab aku..ini tentunya tok wan..getus hati aku..baiklah, baiklah..tok wan pegi bilik sanalah..berlalu tok wan ke sana..Seusai pembedahan wan masuk balik ke katil..mata kirinya berbalut..aku lihat je la gelagat wan & tok wan ni..kasihan mereka berdua..tiada seorang anak pun di sisi..di saat usia begini pun..apa yang mencuit hati kecilku adalah sikap tok wan yang begitu "caring"..mana tak nye..tak wan tanggalkan gigi palsu wan, pergi gosokkan gigi tu. suapkan nasi, urut kaki wan..lapkan mata wan, lapkan badan wan dengan kain lembap..hatiku cukup tersentuh dikala itu..entahlah..kalau aku macamana agaknya..sayangnya tok wan pada isterinya walaupun kini sudah akhir usia..suara tok wan sungguh lembut dan macam bisik2 je bila borak ngan wan..romantik sungguh..tok wan kelihatan cergas, peramah dan tampak sihat..katanya dia dah 74 tahun..tak sangka!!Walaupun tok wan masih kuat..masih cergas..manalah pergi anak-anaknya...kasihan mereka..mereka tak perlu bersusah payah sebegitu..waktu inilah mereka perlu anak-anak..takkan seorang pun tak dapat bersama mereka walau seketika cuma..tok wan katanya dia bonceng motor sendirian datang ke hospital..semata-mata nak nemankan wan..Sabarlah wan & tok wan..anak-anak itu adalah amanah dan ujian Allah..dikala kecil..ibu bapa menatang bagai minyak yang penuh..tatkala dewasa dan sudah hidup sendiri..begini pula balasan mereka pada ibu bapa..na'uzubillah...! Aduhai anak-anak..betapa besar pengorbanan ibu bapa membesarkan kita..selama mana dia menatang kita..namun, semua itu ditak dinilai..walau sesen pun..janganlah berkira dengan ibu bapa..walau dengan masa sekalipun..menjenguk mereka beberapa minit pun sudah cukup mengubati sakit rindu pada anak cucu..kenapalah susah sangat untuk dilakukan..berbayarkah semua itu...? aku rasa terpanggil...anak-anak kecil dan anak-anak semua..janganlah lupa pada orang tua kita..kalian yang masih punya kedua-duanya...berbaktilah, berjasalah, jagailah mereka,gembirakanlah hati mereka..dikala hayat mereka masih ada..jangan pula ditangisi setelah mereka pergi meninggalkan kita! Membahagiakan mereka, adalah seperti rasa bahagia mereka sewaktu melihat kelahiran kita ke dunia..mengecewakan mereka..samalah seperti mereka sedang menangisi saat kematian tiba..Sedarlah..peristiwa itu banyak menyedarkan aku akan tanggungjawab sebagai anak..mahupun ibu bapa..aku gosok perutku..janganlah jadi seperti itu anakku...hari dah petang...tok wan da nak balik ni..potang2 ni kang keto banyak..susah tok wan naik motor nanti..a'ah..ye la tok wan..aku mengiyakan...yo la...tok wan bawak motor elok2 tau..pelan2 je kan potang cam ni ha banyak lak lalu lalang..aku berpesan..mengalahkan wan..hehehe..tok wan pegi kat wan..lalu dikucupnya pipi dan dahi wan...balik lu yo..tok wan terus berlalu...aduhai..romantisnya mereka..!Itu lah..kasih sayang yang tiada belah bahaginya..walau sudah berusia..kasih sayang mereka sedikitpun tidak digugat...meskipun tiada anak di sisi..di kala mereka memerlukan..cukup dengan sayang berdua...doaku moga wan dan tok wan akan sentiasa bahagia...selalu sihat dan selalu di dalam rahmah Ilahi..moga mereka akan jadi pasangan bahagia hingga ke Syurga..beruntung anak-anak mereka..mempunyai ibu bapa yang saling mengasihi di usia emas begitu..namun apakan daya...
- chikman..12 April 2010. Wad Teratai (6)Hosp. Tengku Ampuan Najihah K. Pilah-

Khamis, April 01, 2010

Salah Siapakah Ini





Assalamualaikum Semua...Harapanku moga kalian semua sihat sejahtera hendaknya..blog ini dah jadi macam kawan karibku..tempatku meluah rasa..alahai...hari ini..disekolah..kelas tak banyak hanya 4 waktu je...tetapi dek macam2 kerja yang kena buat..penat dibuatnya..lebih2 lagi dah berbadan dua ni..meskipun begitu, aku tetap cuba untuk meminimakan pergerakanku..tak boleh lasak2 lagi dah...jalan pun kena perlahan je...ingat pesan2 orang tua-tua ni...okey...hari ini kat sekolah..ada sesuatu yang ingin aku kongsikan dengan kalian semua...aku pun tak sangka juga..aku berazam..sedari dari awal kandunganku ini tak nak lagi marah2 pada anak murid, berleter ke, menjerit ke...takut ngikut kt babyku..hehehe..aku cuma nak fikir yang positif dan yang baik-baik aje..Tuhan berilah petunjuk kepada hambaMU yang kerdil ini...Jam 1100 pagi, aku melangkah kaki menuruni anak tangga ke surau..waktu AQ, masuk suraulah..namun sebaik sahaja dekat surau ku lihat anak-anak muridku masih berkeliaran di luar kelas..seolah-olah dah lupa waktu rehat dah tamat. Aku bersahaja masuk surau dan tunggu murid-murid masuk...tunggu dan tunggu...hanya beberapa orang sahaja yang ada..dan bersedia untuk belajar..yang lain...?Sabar Linda...getus hati kecilku..erm.."mana yang lain??"soal aku tetiba..ada yang menjawab.."entah, diorang tak nak masuk kelas.."aku intai dalam kelas mereka..betulla...masing-masing riang ria dalam kelas...tersirat darahku...tanpa menyedari kehadiranku...selamba aku bertanya, sekarang waktu apa..?"Bengang pun ada...terkedu aku..nak marah ke?nak menjerit ke?nak mengamuk ke?nak menangis ke?aku masuk surau dan berdiam diri....sehinggalah cukup semuanya muncul di depanku...
erm.....kiranya kalian adalah seorang warga pendidik...pernahkan kalian menghadapi situasi begini?...Macam2 bermain diminda aku pada waktu itu...sebak pun ada...aku terus duduk dibangku..dan memujuk diriku sendiri...aku tak dapat mulakan pengajaran...aduhai anak-anak muridku..kali ini kalian telah melukai hati guru....jangan marah...akhirnya aku berjaya melawan nafsu amarah ku ini...pembaca kalian...kisah di atas sarat dengan pengajaran..kenapa keadaan ini berlaku..?apakah masih tidak cukup ilmu yang diajar? tiada keberkatankah aku mengajar selama ini..hinggakan anak murid ini bersikap demikian?salah siapa ini?Istighfar...Tuhan, berikan daku kekuatan...ampunilah daku ini Ya Allah...peristiwa itu cukup memberi kesan kepadaku...banyak yang perlu di renungkan kembali..tak perlu menyalahkan sesiapa..koreksi diri sendiri..sejauh manakah kita mencurah ilmu dan seikhlas manakah kita dalam menabur budi...Tuhanku..ia adalah tamparan hebat buatku..tidak pernah aku rasa sesedih itu...aku langsung tidak dapat membaca Al-Quran...berkecamuk perasaanku..malu pada Kalam Allah..aku terkedu..menahan sebak...tapi apakah anak-anakku mengerti semua ini..?Fahamkah mereka akan tangisan gurunya?Tahukah mereka takat manakah kesabaran gurunya? Mana perginya adab dan budi bahasa mereka? Ingatlah wahai anak-anak muridku..guru itu juga manusia..punyai hati dan perasaan..fahamilah walau sekelumit cuma..sabarnya guru meladeni kerenah nakal mu itu..guru adalah contoh teladan yang terbaik...mengapalah kalian anak-anak muridku tidak menghormati guru...?Anak-nak muridku...mengertilah..fahamilah guru..Dia sanggup terbakar demi kamu!!!Jangan biarkan guru menyimpan sendu dek kelakuan nakalmu itu..! Tangisan guru biarlah demi kejayaanmu bukan dek kerana sikap nakal dan degilmu....!

Sabtu, Mac 27, 2010

HADIAH TERBAIK DALAM KEHIDUPAN..





Kepada KAWAN- KESETIAAN
Kepada MUSUH- KEMAAFAN
Kepada KETUA- KHIDMAT
Kepada yang TUA- HARGAI BUDI & KESETIAAN
Kepada yang MUDA- CONTOH TERBAIK
Kepada PASANGAN- CINTA & KETAATAN
Kepada KEMANUSIAAN- KEBEBASAN
Aduhai rakan-rakan seperjuanganku..apakah yang terbaik telah kita berikan dalam kehidupan kita sehingga saat ini...anak didik kita? Kedua orang tua kita?kepada anak-anak kita?Biarlah KETULUSAN & KEIHLASAN yang menebal atas setiap semua itu...agak sukar untuk dinilaikan...namun tepuklah dada tanyalah Iman...kita melata dibumi Yang Esa ini hanyalah sebagai musafir..yang sedang menuju ke arah dunia pengakhiran..justeru..yang sedang dilalui dan ditempuhi kini adalah bekalan untuk kita semua menuju ke sana..tak kira siapakah kita...semuanya sama kelak..yang menentukan nasib dan ketentuan adalah AMALAN kita..Itulah Janji Tuhan...

Ahad, Mac 21, 2010

Selamat Tinggal PELA




Assalamualaikum...harapanku agar kalian para pembaca semua di dalam nikmat sihat dan ceria selalu...lama tak buka blog...erm...sibuk dengan cuti...sibuk dengan aktiviti yang ntah pape ntah...tapi memang best la kalau dah ada di kampung...kali ini...sekali lagi aku nak berkongsi kisah suka dan duka sepanjang cuti ini..apa yang sukanya ialah....aku kini sudah pun berbadan dua...alhamdulillah..syukur pada Rabbul Izzati...berkat doa dan keyakinan pada Kudrat Ilahi...semoga kali ini...akan panjang unur dan sihat kandunganku sehingga kelahiran nanti..Insyallah..kalian semua doakanlah...terima kasih semua ahli keluarga kami..kerana tidak putus2 memberi panduan, nasihat dan tak kurang juga teguran yang akan aku ingat sampai bila2...tapi disebalik kegembiraan ini...kami semua telah merasai suatu lagi perpisahan...kalian tengok kan gambar kucing di atas...?itu kucing kesayangan kami...PELA namanya...sayangnya kami semua pada Tuhan saja yang tahu...namun kami semua terpaksa menerima takdir Ilahi atas kehilangannya...PELA pergi meninggalkan kami di malam hari..pemergiannya menjadi tanda tanya...kematiannya mengejut..cuma 2,3 hari sebelum kematiannya PELA kelihatan penat dan tidak cergas seperti dulu..tidak selincah dulu..makan pun tak nak..kami hairan..macam2 kami usahakan untuk selamatkan PELA..ingatkan demam atau sakit sebab PELA gaduh ke...tak nampak cedera, tak nampak patah ke..cuma badan PELA tampak susut..kasihan PELA!!Malam rabu yang lepas..sedang adik2 leka menonton televisyen...tiba-tiba PELA muncul di depan TV dan menghembus nafasnya yang terakhir..terkedu semua menyaksikan keadaan PELA...menitis juga airmataku...aku sayang PELA...comelnya..lincahnya..suka bergurau..ish...syahdunya..adik2 iparku beria2 menangis...teresak-esak...Ibu mertuaku juga mengalir airmata...apapun...dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali...semua ciptaan Allah...makhluk dilangit, dibumi, didarat mahupun dilautan...semuanya kembali pada Rabbul Izzati...Selamat Tinggal PELA..Luv you so much!!!

Ahad, Mac 07, 2010

Al-Fatihah Buat Tok Ayah..



Assalamualaikum pembuka bicara..
Dalam kesibukan membuat persiapan mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah kami dikejutkan dengan berita sedih..atuk kesayangan kami (sebelah suami)telah meninggal dunia. Arwah Tok Ayah menghembus nafas terakhirnya pada hari Rabu 3 Mac yang lepas pada pukul 11.30 pagi disisi anak-anaknya..Anak-anak dan cucu serta cicit Tok Ayah yang jauh dirantau bergegas pulang ke kampung setelah mendapat berita kematian ini...kami semua tidak sempat menatap wajah terakhir Tok Ayah..kerana arwah dikebumikan pada hari tersebut juga jam 3 petang....yelah, mudah-mudahan segala urusan arwah dengan Rabbul Izzati akan cepat selesai..Insyallah...Kami sampai rumah Tok Ayah jam 12 malam...memandu pun hati tak keruan...bayangkan perjalanan dari Negeri Sembilan ke Kota Bharu hampir memakan masa 9jam..Suamiku cukup akrab dengan Tok Ayah, memandangkan suamiku ketiadaan ayah diusia remaja, suamiku tinggal bersama dirumah Tok Ayah. Apa sahaja dan ke mana sahaja mesti dengan Tok Ayah..terpancar riak sendu dijiwa...tetapi lelaki...memang punya hati tabah..Takziah buat semua ahli keluarga..semua ia menjadi suatu pengajaran...bahawa setiap yang bernyawa itu pastinya suatu hari hari nanti akam kembali kepada yang Hak NYA...Minggu ini akan bermula pula cuti sekolah..kami akan pulang ke kampung lagi...rindu pada "mek"...Al- Fatihah..semoga arwah Tok Ayah bersemadi dengan aman, berada dikalangan para solihin...dan mereka yang telah Engkau janjikan Syurga..!Amien...

Jumaat, Februari 26, 2010

Salam 1 Malaysia..







Salam semua...erm..lama gak tak de entri kt dalam blog ni..seminggu dua ni sibuk sikit...namun,ok jugak..dapat la nak menggarap idea baru..hehe..erm..cuti hari raya cina yang lepas adalah percutian pertama kami 2010..pergi jalan2 kat Perak, rumah abang sebenarnya..so, kami amik kesempatan ini jalan2...menyelam sambil minum air..menziarah abang sekeluarga..lagipun abang pun cikgu jugak..sekolahnyer cuti takat hari selasa aje...bercuti ni sebenarnya adalah bagus..selain kita dapat meluaskan pandangan mata dan minda, dapat mengukuhkan lagi ukhwah..inilah peluang yang baik untuk semua..peluang yang ada itu perlu dimanfaatkan..tak usah menghabiskannya dengan perkara ya berfaedah..bagi yang berkeluarga..baguslah manfaatkan waktu sebegini..okey, sewaktu berada dirumah abang saya sempat meluangkan masa pergi ke tempat rekriasi yang sesuai la untuk keluarga...nasib baik "my hubby" ni juga suka ke tempat macam tu(tp kena pandai2 la jaga penampilan)tempatnya "The Lost World Of Tambun" kalau sesapa pernah ke sana memang tau la kan..bayaran masuk rm30 satu kepala bagi dewasa manakala bagi kank2 rm24. Boleh berada dalam tempat itu tak kira lama mane..asalkan jangan tanggalkan tag yang telah dipakai pada pergelangan tangan kita dah ke..okeyla tu..so, kami amik kesempatan berada kat sana dari pukul 11pagi hingga 5 petang..baru berbaloi dengan bayar tu..hehehe! Honestly memang best aar..tak ingat dunia jap..tapi ingat waktu solat tau!!hehehe..rasa betul2 release...main ape je yang ada kat situ...tak perlu bayar, semuanya dalam pakej yang bayar waktu masuk tu je la..best...tapi sedari waktu dah banyak berlalu..baru terasa penat..oh lupe...tempat tu dengan rumah abang hanya dalam 20 minit je..dari Sg. Siput..keesokkan harinya kami berehat je kat umah..penat tu...petang baru kami semua keluar ke Pekan Kuala Kangsar..lebih kurang bandar Kota Bharu gak la..tapi meriah kt tempat ku lagi..hehehe.kami membeli belah belah gak..sebagai tanda kenangan pernah datang sini..erm..kat sini yang famousnyer ialah "labu sayong' oelh kerana kami pun lewat berada di tempat jualan barangan kraftangan..so, mane kedai yang buka je la kami singgah...papepun best pegi sana..kebetulan pula kat kawasan tu ada expo jualan sempena hr raya cina..Okey..sapa2 yang berhajat nak ke Lost World Of Tambun tu pergila...memang bagus untuk seisi keluarga..untuk anak2..ok la...nak buat entri kat blog lain plak...amboi, macam banyak je?hehehe!byep!

Khamis, Februari 11, 2010

JANGAN LUPAKAN DAKU...




Pintaku padamu..
Jangan sisihkan daku
Jangan palingkan wajahmu
Peganglah aku, ciumlah!
Walau hanya sekali untuk hari ini...
Janganlah kau biarkan dirimu buta untuk melihatku
Selami isi ku dan sematkannya
Ke dalam hatimu
Kerana..
Akulah penemanmu ketika
Tiada seorangpun bersamamu
Di dalam kuburmu...
Itulah Aku...AL-QURANUL KARIM...


Tatkala kita sibuk dengan urusan harian dan rutin kehidupan..ingatlah ALLAH dan bacalah Al-Quran..walau sepotong ayat..Jadikanlah diri kita seorang perindu yang begitu teruja untuk menatapnya..Pupuklah rasa cinta pada Al-Quran..kerana ia adalah Gedung ilmu...segalanya...

Sabtu, Januari 30, 2010

PESAN IBU,AYAH & CIKGU



Pesanan Khas Buat Anak-anak Didikku...Murid Tahun Satu Arif..antaranya..Fikri, Amirul,Muhaimin,Umaira,Amira,Farhana,Alia Athirah,Farah&Salieza..semuanya comel..nakal??Biasa la..

Pesan Ibu
Jangan malas ke sekolah
Kelak kehidupan kita susah
Pesan Ayah
Jangan tinggikan suara
Nanti orang tidak hormatkan kita
Pesan Cikgu
Jangan bamyak ketawa
Kelak kita sering terleka
Pesan Ibu
Tuntut ilmu jangan mengeluh
Kelak hidup akan dicemuh
Pesan Ayah
Mesti hormat orang tua
Bahagia hidup selamanya
Pesan Cikgu
Sentiasa sedar siapa diri
Kelak tidak meninggi diri
Pesan Ibu
Mesti rajin telaah buku
Kelak menjadi insan berilmu
Pesan AYah
Hidup mesti ada jati diri dan kuat
Kelak menjadi manusia hebat
Pesan Cikgu
Sentiasa ingat Allah, solat jangan lupa
Kelak adalah jaminan di Syurga..

Jumaat, Januari 29, 2010

CEBISAN KENANGAN..ARK 1994-2000


Ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga
Meskipun kini kita terpisah demi Kasih-NYA
Namun cebisan kenangan sentiasa bermain dibayangan mata
Detik waktu yang berlalu menjadi memori kau dan aku
Sewaktu kita bersama saling setia menuntut ilmu
Tanpa mengenal erti penat jemu
Ingatkah kau lagi
Kita bersama memijak onak duri
Ditanah gersang mengutip semangat suci
Kini..segalanya tersurat dalam sanubari...
Bersabarlah dengan ketentuan-NYA
Ada rahmat tersembunyi
Bertemu berpisah kerana Allah
Lumrah kehidupan insan beriman
Teman..moga saat terindah berulang kembali..

Saat berkumandang lagu itu..mengingatkan aku suka duka di usia remaja tatkala menuntut ilmu..bersama rakan-rakan..Gedung Ilmu yang banyak mengajarku erti sebuah kehidupan..memberiku banyak pengalaman..memberiku peluang membina jati diri, mengenalkan aku tentang sebuah persahabatan dan ukhwah yang cukup indah dan akhirnya sehingga aku menjadi "adiwira" dalam kehidupanku...walaupun aku bukanlah "budak" yang bijak..pintar..atau bagus..aku hanyalah "seorang remaja sederhana" sahaja..SMU (A) AR-RAHMAH KENALI, KUBANG KERIAN KELANTAN..bermula dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 6 Atas..memori indah di situ..terlalu banyak..dan aku amat berbangga mengakui bahawa aku antara warga ARK..dulu kini dan selamanya..Insyallah..aku juga impikan bahawa suatu hari nanti aku mahu mencurah bakti dan berjasa kepada ARK..kini ARK sudah banyak berubah wajah..Nama juga baru..Maahad Ar-Rahmah Kenali..Tahniah buat semua warga Maahad ARK kini..teruskan perjuangan mendidik anak-anak bangsa..curahkan bakti tanpa jemu, cekalkan hati tanpa walau terpaksa menempuh onak berliku...aku..andai ada dikalangan sahabat mahupun kawan-kawan yang pernah bersama-sama menimba ilmu..ingatlah selalu ARK..aku..kiranya berpeluang akan menjengah di ARK..walaupun hanya berhentikan kereta buat seketika di hadapan ARK... aku pasti tersenyum sendirian..
Terima kasih Ustaz ..
Terima kasih Ustazah..
Terima kasih Cikgu..
Thank You Sir..
Thank You Teacher..
Terima Kasih Mudir..
Terima Kasih Acik Pak Cik Kantin..
Terima Kasih Pekerja Sekolah..
Mereka semua adalah guruku sejati..
Kalian takkan aku lupakan..
Semoga Allah membalas jasa dan bakti kalian..
Restuilah hidupku ini..
Doakanlah daku semoga aku turut
Memperoleh "Berkat" dari ilmu kalian..
Kini..aku juga memikul tanggungjawab sama..
Semoga aku akan cekal,tabah dan berjaya mendidik
Anak-anak Bangsa..
Akanku ajar mereka segigih, sehebat,secekal mana kalian
Mendidikku...
Ya Allah..berkatilah perjuanganku..rahmatilah...Amien..
Kenangan Chikmann sepanjang berada di ARK

1994- Tingkatan 1
1995- Tingkatan 2
1996- Tingkatan 3
Pengawas Sekolah
AJK Pers. Bhs Melayu
PMR
1997- Tingkatan 4
Pengawas Sekolah
AJK Pers. Bhs Melayu
AJK Pers. Undang2 Islam
s/u Rumah Pasukan Badminton
SMU
1998- Tingkatan 5
Pengawas Sekolah
s/u Pers. Bhs. Melayu
Bendahari Rumah Pasukan
SPM
1999- Tingkatan 6Bwh
Pen.Ket.Pengawas Sekolah
AJK Pers. Undang2 Islam
AJK Badan Dakwah ARK
AJK Badan Uniform Pengakap Sekolah
Pen.Pemimpin Pengakap Muda Perempuan Cawangan Kota Bharu
STU (kini STAM)
2000- Tingkatan 6Ats
Ketua Asrama Perempuan ARK
s/u Pers. Bhs Melayu
AJK Badar
AJK Badan Uniform Pengakap Sek
AJK ARKUSIS
STPM

Pencapaian:
1) Mendapat tempat Pertama dalam Pertandingan Perkhemahan Pengakap Perempuan Zon 2 dan Johan Pertandingan Kawad Kaki Perempuan. Tahun 2000.
2) Perkhemahan Jamboori Pengakap Cawangan Kota Bharu di Kem Kijang 1999.

Sabtu, Januari 16, 2010

Doa Dikala Dalam Kedukaan..Bacalah..



اللهم فارج الهم كاشف الغم
مجيب الدعوة المضطرين رحمن الدنيا والاخرة
ورحيمهما انت ترحمني فارحمني
برحمة تغنيني بها رحمة من سواك

Doa ini adalah teman dikala aku ditimpa Ujian Allah...Cukup berat dan kesedihan yang amat terasa..tatkala itu yakinlah dengan Qada' dan Qadar Allah...pabila membacanya rasa cukup tenang...bacalah dengan penuh keyakinan...dan ingatlah..Tidak Allah jadikan suatu musibah itu dengan sia-sia...bahkan ada hikmah besar disebaliknya..!

Jumaat, Januari 15, 2010

RAHSIA SOLAT



Inilah rahsia orang yang mengerjakan solat..ia adalah suatu peringatan bagi kita semua..justeru, setelah kalian membaca coretan ini fikir-fikirlah..apa sebab kita malas untuk menunaikan solat...!Sedangkan hikmah mengerjakannya begitu besar...

1) Niat Sembahyang - Sebenarnya memeliharakan taubatb kita dari dunia dan akhirat.
2) Berdiri Betul - Fadhilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3)Takbiratul Ihram - Fadhilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4) Fatihah - Sebagai pakaian yang indah di dalam kubur.
5) Rukuk - Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6) I'tidal - Akan memberi minuman air dari telaga Al-Kautsar ketika di dalam kubur.
7) Sujud - Memagar kita ketika menyeberangi titian SIROTOL MUSTAQIM.
8) Duduk antara 2 sujud - Akan menaungi panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9) Duduk antara 2 sujud terakhir - Menjadi kenderaan ketika kita di Padang Mahsyar.
10) Tahiyyat Akhir - Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Mungkar & Nakir di dalam kubur.
11) Selawat Nabi - Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12) Salam - Memelihara kita di dalam kubur.
13) Tertib - Akan pertemuan kita dengan Allah s.w.t

Aduhai pembaca sekalian...haruskah kita melengah-lengahkan masa untuk solat??Inilah suatu peringatan yang sangat besar buat kita umat Islam..Tiada yang sia-sia Allah ciptakan..melainkan penuh hikmahnya..Semoga setiap perlakuan dalam kita akan dapat membela kita kelak...Insyallah..

Khamis, Januari 14, 2010

Cemburukah Kita?

Oleh : Qurratu A’Yun
Majalah Sinar Rohani, Feb 2005

DEFINISI cemburu menurut kamus adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih
sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang
dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih. Kecemburuan juga boleh wujud
dalam persahabatan atau antara adik-beradik seperti kakak dengan adik
kandungnya.

Cemburu dapat dikesan apabila seseorang itu mempunyai perasaan
terhadap orang yang dicemburuinya. Oleh itu seringkali kita mendengar orang
berkata ‘cemburu tandanya sayang’ yang seolah-olah menggambarkan bahawa
cemburu adalah satu standard untuk menilai kasih sayang sesuatu pasangan.
Mungkin ini ada benarnya kerana jika kita tidak sayang pada seseorang mengapa
mesti kita merasa cemburu terhadapnya.

Sesungguhnya sifat cemburu adalah naluri manusia yang amat sukar
untuk dibendung. Lantaran ia adalah disebabkan oleh sikap ‘possesive’
seseorang terhadap pasangannya. Di mana dalam dirinya ada satu pengakuan
jelas (tetapi tidak secara langsung) bahawa pasangannya itu hanya untuk
dirinya sahaja dan tidak boleh sama sekali diambil atau dikongsi dengan orang
lain. Namun begitu sifat terlampau cemburu yang mencapai tahap ‘cemburu
buta’ amat tidak digalakkan kerana ia boleh menggugat hubungan sesebuah
rumahtangga begitu juga ketiadaan langsung sifat cemburu pula sebenarnya
boleh membawa akibat buruk kerana ia boleh menjadi punca pasangan ‘mudah
dikebas orang’. Dengan itu terdapat dua jenis cemburu iaitu cemburu yang
positif dan cemburu yang negatif.

Bila berbicara tentang cemburu juga, ramai menuding jari mengaitkannya
dengan kaum hawa di mana mereka beranggapan bahawa kaum wanita ini
sangat kuat cemburunya. Dalam soal ini, sebenarnya sama ada lelaki mahupun
wanita masing-masing mempunyai sifat cemburu. Cuma yang membezakannya
ialah tahap cemburu tersebut dan sejauh manakah perasaan cemburu itu berjaya
dikawal.

Dalam hubungan suami isteri, sifat cemburu wajib dikawal. Jika tidak
klimaksnya nanti boleh membawa kepada putusnya sesuatu ikatan perkahwinan
itu (bercerai). Dalam hal ini rasa cemburu acapkali membuatkan seseorang
berubah menjadi orang yang selalu curiga dan sentiasa berprasangka buruk.
Hakikatnya dia sedar bahawa sikap cemburunya itu kurang menyenangkan
pasangannya tetapi dia tidak mampu mengawalnya. Dia merasakan bahawa apa
yang dilakukan semuanya betul dan sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan oleh
pasangannya hatta perkara yang kecil sekalipun sehingga mencetuskan
pertengkaran demi pertengkaran yang menggugat kemesraan yang terjalin
sebelumnya. Oleh itu untuk menyelamatkan keadaan, seseorang itu apabila
dapat melihat tanda-tanda awal cemburu pada pasangannya, hendaklah
bertindak segera agar tidak merebak. Ikutilah tips berikut tentang bagaimana
untuk mengawal keadaan sekiranya mendapat pasangan yang kuat cemburu.

1. Jika pasangan kita mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawabawa
dengan sifatnya itu. Mungkin kita tidak perlu menjawab setiap
soalan yang diajukan. Sebaliknya lebih baik berdiam diri sahaja daripada
terus menyemarakkan kemarahannya.
2. Anggaplah bahawa dia sebenarnya tidak berniat untuk melukai hati kita.
Mungkin ini tidak disedarinya dan jangan ambil hati.
3. Cuba sedaya upaya untuk membina keyakinan diri padanya. Pujilah
pasangan atau mintalah nasihatnya bila perlu dan sentiasa luahkan
perasaan cinta yang membuktikan bahawa kita menyayanginya. Malah
sebaiknya berikanlah dia sokongan yang berterusan agar dia merasa
sentiasa disayangi dan dihargai.
4. Jangan membabitkan diri dalam situasi yang boleh membuahkan perasaan
cemburu bagi pasangan seperti suka berfoya-foya, berbual-bual mesra
atau bergurau senda dengan orang lain.
5. Berbincanglah dengan pasangan tentang perasaannya. Jika kita telah
berusaha sedaya upaya tetapi pasangan tetap tidak boleh mengawal rasa
cemburunya, kaunseling mungkin jalan terakhir untuk menyelamatkan
keadaan.

‘Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’. Begitulah antara bait-bait
lagu yang menceritakan asam garam kehidupan dalam rumahtangga. Cinta dan
cemburu adalah seperti isi dengan kuku bagi mana-mana pasangan suami isteri.
Yang penting adalah kesederhanaan. Maksudnya seseorang itu harus
mempunyai rasa cemburu terhadap pasangan tetapi mestilah berpada. Jangan
sampai pasangan merasa terkongkong dan dikongkong. Sebaliknya jadikanlah
rasa cemburu itu sebagai alat untuk dapat memperbaiki sikap atau mengkoreksi
diri sendiri terhadap sikap yang selama ini diamalkan. Contohnya, bagi seorang
isteri mahupun suami, adakah penampilan atau layanan yang selama ini
diberikan memuaskan atau tidak. Adakah berlaku sesuatu kekurangan dalam diri
yang sebenarnya mampu kita mengadakannya tetapi tidak kita adakan. Dengan
sikap ini, kita akan sentiasa memperbaiki kualiti diri dan sentiasa memberikan
layanan yang terbaik untuk pasangan supaya ia tidak terpikat kepada yang lain.
Akhirnya, tidak perlu lagi terjadi perbalahan atau pertengkaran yang hebat
antara suami isteri gara-gara sifat cemburu kerana tentu sekali tidak ada
pasangan yang rela diperbodohkan atau diambil kesempatan akibat ketiadaan
sifat cemburu dalam hatinya yang membuatkan dia tidak peka dengan kehendak
sebenar pasangannya. Dengan itu ‘cinta dan cemburu hendaklah diambil
‘sesedap rasa’ sebagai perencah kebahagiaan rumahtangga. Cinta biarlah ikhlas
dan cemburu biarlah bertempat. Kata orang, ‘tanpa cemburu rasa cinta terasa
hampa’. Ingatlah, sesungguhnya ‘ALLAH SWT Maha Cemburu’. Maksudnya?
Ya, bukanlah Allah SWT sangat mencintai kita selaku hamba-hamba-Nya. Cuma
kita yang tidak menyedarinya lantaran HATI kita yang telah ‘TERTAWAN
DENGAN ‘CINTA YANG LAIN’! Pembaca sekalian..renung-renungkanlah coretan cemburu ini..setakat manakah cemburu kita..sejauh manakah kita mengawal cemburu ini? Dapatkah cemburu ini tidak bercambah dalam diri kita??

Selasa, Januari 12, 2010

Rahsia Nama

Dulu...aku tak pernah mengerti apakah itu keserasian nama dan diri kita..entah pape je..Namun sedari dewasa ini..aku dapati ada banyak persamaan dan personaliti..Rahsia nama ini aku nukilkan setelah membuat koreksi terhadap diriku sendiri...tak de reka mengarut tau...Inilah diriku sebenarnya...
M - Memang manis namaku ini
A - Anak Ayah Ibu Mohamad & Sepiah
S - Sangat baik dan prihatin orangnya
L - Lagaknya sangat "cool" dan bersopan-santun
I - Idamkan kehidupan yang serba sederhana seadanya
N - Nampak pendiam tapi pandai bercakap
D - Do the best adalah dorongan hidup
A - Akulah "adiwira" diriku sendiri


Rahsia nama ini amat berkesan dalam kehidupanku...so, kalian bagaimana pula??Renung-renungkanlah!!!
Photobucket

Jumaat, Januari 08, 2010

Selamat Tahun Baru 2010


Salam Tahun Baru buat semua...setahun sudah pun berlalu..banyak cerita pahit manis dilalui...jadikanlah ia suatu pengalaman yang mematangkan diri...Justeru..tahun yang mendatang ini harungilah dengan azam dan dengan nafas yang baru..menjadikan hari lebih baik dari semalam...menjadikan semalam sebagai pengajaran dan hari esok sebagai hari yang terbaik!! Bersama ini daku iringi bersama doa...semoga tahun ini akan lebih bermakna buat kita semua...!

Ya Allah
Ampunilah kami dan ampunilah dosa kedua ibu bapa kami
anak-anak kami, saudara mara kami sebelah ibu dan bapa kami
bapa-bapa saudara sebelah ibu bapa kami
ibu-ibu saudara sebelah ibu bapa kami
ampunilah dosa guru-guru kami
sahabat-sahabat kami
pasangan hidup kami
orang-orang kecintaan kami
orang-orang yang punya haq ke atas kami
orang-orang yang berpesan kepada kami
orang-orang yang berbuat baik kepada kami
orang-oarang yang pernah kami aniayai
orang-orang yang sangat kami kasihi
dan sekalian muslimin dan muslimat
Ya Allah
jadikanlah kami dan mereka semua
terhalang dari api neraka pada hari akhirat
Engkau lihatlah mereka dengan pandangan Rahmah dan
Curahkanlah mereka dengan Kurnia dan pemberian yang banyak
Ya Allah
layanilah hamba Mu ini dan mereka semua
samada cepat atau lambat
di dalam perkara dunia dan akhirat
Ya Allah
janganlah Engkau layani kami
dengan seburuk-buruk layanan
Ya Allah
sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun
Yang Maha Penyantun,Yang Maha Pengasih
Yang Maha Mulia Yang Maha Lembut
Lagi Maha Penyayang...Amien...