Jumaat, Julai 29, 2011

HELO SKLS...I'M COME BACK!!

ISTIMEWA UNTUKMU SAYANG ANAK UMI ABI




Tidurlah Muhd Adib
Tidurlah Lena
Tidurlah Sayang
Usah Bersedih Usah Menangis
Pejamkan Mata Tidurlah Sayang
Bangun Nanti Ummi Kejutkan
Tidur Lena Tidurlah Sayang
Tidurlah..Tidur Biar Lena
Bersama Dodoian Lagu Ini
Moga Bila Dewasa
Adib Kan Jadi Insan Berguna

I WANT TO BE WITH YOU ALL OF MY LIFE THROUGH...




I WANT TO GIVE YOU WARM SMILES WHEN YOU'RE LONELY AND COMFORT..WHEN SOMETHING GOES WRONG..SUPPORT IN WHATEVER YOU TRY TO ACHIEVE AND HELP THAT MIGHT SEE YOU ALONG...I WANT TO SHARE ALL MY IDEAS AND HOPES MY MOODS BOTH THE HIGH AND THE LOWS...TO SHARE THE ADVENTURES THAT EACH NEW DAY CAN BRING...AND ALL THE BEAUTY THE WORLD HAS TO SHOW...I WANT TO LAUGH WITH YOU...LEARN WITH YOU..GROW WITH YOU..BE WITH YOU ALL MY LIFE THROUGH FOR..I LOVE YOU WITH ALL MY HEART..AND TODAY..I'M SO HAPPY TO TELL YOU HOW MUCH I'M LOVE WITH YOU...THANKS FOR EVERYTHING..CHIKMANN..

Khamis, Julai 28, 2011

BINGKISAN BUAT MA (SITI HAMLAH BT MAT YUNI)



Dia seorang wanita yang bermahkotakan IBU..Cekal hati meniti kehidupan..menongkah arus hidup sendirian..jiwanya penuh dengan kasih sayang..senyumannya menenangkan..setiap rungkai katanya menyentuh perasaan..dia seorang wanita..hidupnya sarat dengan pengalaman..susut badan menanggung bebanan..namun tidak pernah diluahkan..anak-anak suatu amanah..itulah azimat memikul tanggungjawab..dirimu cukup tabah..meladeni kerenah anak-anak sendirian..tanpa si suami disisi...dia seorang wanita kuat dan hebat..terima kasih kerana memberiku peluang...berpayung dinaungan kasih sayangmu..nan tiada bandingannya..terima kasih Maa...atas segalanya..
(Ibu mertuaku)

Ahad, Jun 12, 2011

Alhamdulillah..Sudah Selamat Semuanya.






Syukur alhamdulillah.."berakhirnya sebuah penantian" itulah ungkapan keramat keluar dari mulut ahli keluarga,sahabat handai dan rakan-rakan seperjuangan. Begirulah kebesaran Ilahi. Tiada kata seindah bahasa, aku memanjatkan kesyukuran pada Ilahi kerana dikurniakan cahaya mata lelaki pada 3 Mei yang lepas. Setelah hampir 4 tahun mendirikan rumahtangga dan pelbagai dugaan yang menimpa, inilah hikmah disebalik kesabaran dan ketabahan mengharngi ujian Ilahi. Muhammad Adib Amsyar nama diberi. Semoga ada keberkatan atas namanya...bayi seberat 3.1kg selamat dilahirkan dinegeri kelahiranku. Itulah yang aku idamkan. Bersyukur pada NYA kerana aku diberi peluang mempunyai zuriat sendiri dan...pengalaman disaat melahirkan itu begitu berharga buatku. Terima kasih buat suami tercinta kerana setia bersamaku dan sentiasa memberi semangat padaku sehingga selamat aku melahirkan. Ia adalah suatu pengorbanan..bukan suatu penyiksaan. Aimata ini bukan hanya keranan suatu kegembiraan malah kesyukuran pada Ilahi. Semoga bayiku ini sihat dan minta dijauhkan dari segala kesulitan. Semoga menjadi anak yang soleh..membesar dengan sempurna serta berakhlak mulia. Amiin..abang..sama-samalah kita menjaga anugerah dan amanah Ilahi ini dengan sebaiknya. Insyallah.

Sabtu, April 09, 2011

Merpati Oh Merpati




Al-kisah...minggu ni genap kandunganku 35 minggu..Macam-macam perasaan bermain-main difikiran..takutnya..berdebarnya..tak sabarnya..terujanya..menunggu saat kelahiran ini..Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin..Kisah ibu mengandung ni aku pasti banyak ceritanya..suka duka..betul tak??Alhamdulillah..setakat ni apa aja yang terlintas difikiran..akan aku terus dapatkannya..yelah, apa orang kata..mengidam..aku sentiasa berdoa jangan ada keinginan atau permintaan yang pelik dan susah nak dapat...kasihan suami tercinta..bersusah payah nanti. Namun tak terlepas jua..ada la sekali dalam kenangan...hehehe..Kisahnya bila mula cuti sekolah Mac yang lepas kami pulang ke kampung. Entah macamana laluan perjalanan hendak ke rumah mertua dan ayahku memang terdapat beberapa kedai menjual,pembekal makanan burung. Terlintas difikiran tentang burung puyuh. Tapi dah biasa makan dan senang je nak dapatkan ia, namun kisahnya terfikir tentang keistimewaan daging burung merpati. Kata mak "bagus untuk kecerdasan kanak-kanak dan melahirkan anak genius" Terus lak aku fikirkan nak merasa makan burung merpati...dagingnya sedap..lembut macam daging purung puyuh kot..aku khabarkan pada suami, ok jawabnya..abang akan belikan. Waktu itu kandunganku berusia 7 bulan. Musim cuti sekolah, semua orang maklum betapa tak cukup rasanya 7hari dlam seminggu itu..dan cepatnya masa berlalu dan suamiku tidak berkesempatan untuk membelinya meskipun dah banyak kali asyik lalu je depan kedai tu..huhuhu..tak mengapalah, cuba cari kat Negeri Sembilanlah..pujuk diriku sendiri. Rupa-rupanya..susah betul nak dapatkan burung merpati kat kawasan ni, kasihan suami mencari-cari kedai, bertanyakan rakan sekerjanya, aku pun turut sama bertanyakan rakan-rakan..bimbangnya takut tidak berkesempatan nak makan..asyik ingatkan burung tu je. Erm..akhirnya aku luahkan rasa beria-ria nak makan burung merpati ni pada seorang rakan guru..dia cakap insyallah dia akan cuba carikan kat kampungnya. Alhamdulillah...ada rezeki aku nak merasa makan burung merpati..dia dapatkan 2 ekor untuk aku. Terima kasih banyak-banyak Cikgu Alizman& Isteri,bersusah payah pulang ke kampungnya petang hari yang sama dan malamnya terus nak hantar burung tu..akhirnya dapat merasa. Syukur...terima kasih Kak Bad & Suaminya yang juga bersusah mencarikan burung merpati..terima kasih Cikgu Zainal GPK ku..sibuk bertanyakan orang yang dia kenal..carikan burung..mudah-mudahan Allah dapat membalas jasa baik kalian..Merpati oh merpati..kecoh dibuatnya..gara-gara nak makan burung tu..habis semua orang kena mencari..inilah parahnya kalau orang perempuan yang mengidam..heheh..tak dicari...nayalah kan..Terima kasih banyak untuk suami tercinta..bersusah ye abang..sabar je abang melayani kerenahku yang bermacam-macamn ni..insyallah..baby yang bakal lahir takkan banyak kerenahnya macam umminya..hehehe..Luv U!!

Khamis, April 07, 2011

M - Mesra O - Oportunitis H - Harum D - Dinamik
A - Amanah D - Dedikasi I - Ikhlas B - Bijaksana
A - Alim M - Menawan S - Suci Y - Yakin A- Abadi R - Ramah

Insyallah...

Kesenangan Itu Ketenangan...Chikmann

Kesenangan yang datang..Takkan Selamanya..Seperti Selepas Susah Ada kesenangan..Seperti Selepas malam Adanya Siang..Oleh Itu Waktu Senang Jangan Lupa Daratan..Gunakan Kesempatan Untuk Kebaikan..Sebelum Segalanya terlepas Dari Genggaman..Kelak Menyesal Nanti Tak Berkesudahan..Apa Guna Sesalan..Hanya Menekan Jiwa..Jangan Difikir Derita Akan Berpanjangan..Kelak Akan Membawa Putus Asa Pada Tuhan..Ingatlah Biasanya Kabus Tak Berpanjangan..Setelah Kabus Berlalu..Pasti Cerah Kembali..Ujian Adalah Tarbiah Dari Allah..Apakah Kita Kan Sabar Ataupun Sebaliknya..Kesenangan Yang Datang Selepas Kesusahan Adalah NIKMAT Dari TUHAN...Ingatlah Selalu Lirik Nasyid Ini..Semoga Ia Sentiasa Menjadi Pengubat Hati Dikala Kedukaan...Insyallah Chikmann..

Jumaat, April 01, 2011

Hidup Suatu Perjalanan Mencabar...


Akukah insan itu...? Yang begitu hebat diuji..akukah insan itu..yang menangis sendirian?akukah insan itu yang kadangkala tersungkur dipintu ujian Ilahi..akukah insan itu..yang lemah tatkkala disapa musibah...akukah insan itu..disaat menanti tiba bahagia..akhirnya akur pada Takdir NYA?akukah insan itu..yang cukup kerdil dihadapan MU?akukah insan yang terpilih itu...yang menerima hebat ujian dan mehnah kehidupan ini...?Sebenarnya..bukan hanya aku yang diuji sebegitu..malah..ada insan lain yang lebih hebat menerima ujian Ilahi..aku hanyalah segelintir dari mereka...Namun Tuhanku..aku mohon pada MU..berilah aku kekuatan untuk menempuhi semua ini..kuatkanlah hatiku ini..untuk terus tabah dan cekal meneruskan mehnah dunia..tanpamu Ya Allah..siapalah aku..aku tak mahu tersungkur lemah dipintu ujian MU..aku mahu kuat Ya Allah...aku mahu meneruskan kehidupan ini hanya demi MU Ya Rabbi..Rahmatilah hidupku...kerana aku tak tahu sampai bilakah dapatku menghirup nikmat kehidupan dunia..Ya Allah..ampunilah segala dosa2ku...dosa2 kedua ibubapaku..dosa2 orang yang berbuat baik padaku..dosa2 orang yang teraniaya oleh ku...dosa2 ahli keluargaku..dosa2 muslimin dna mulimat..semoga kami semua dijanjikan syurga...Ya Allah..berilah keselamatan kepadaku..dan bakal zuriatku yang akan lahir ini...semoga dipermudahkan segalanya..berilah peluang padaku Ya Allah untuk mengecapi nikmat kebahagiaan dalam kehidupan..walau hanya sekelumit cuma..Ya Allah...Rabbana Aatina Fiddunya Hasanah..Wafil Aakhirati Hasanatan Waqina Azaabannar..Amin Ya Rabbal Alamin...

Selasa, Mac 29, 2011

Akukah Insan Itu....?

Nantikan...apa yang tersirat disebalik ayat misteri...

Sabtu, Mac 26, 2011

Bagaimana Membina Keluhan Positif

Biasanya sikap suka mengeluh dikaitkan dengan sikap negatif. Namun apa jua yang negatif, boleh ditukar menjadi positif. Bila ada yang positf, barulah ada motivasi.

Positif sifatnya membina, negatif sifatnya memusnah.

Keluhan boleh ditukar menjadi keluhan positif. Hal ini baik untuk memperbaiki diri Anda dalam pelajaran, kerjaya, kekeluargaan, perniagaan,gunanya untuk membina jati diri lebih baik.

Bagaimana untuk mewujudkan keluhan positif?

Ia terjadi apabila Anda terbuat satu kesilapan. Jangan mengeluh, sebaliknya belajar dari kesilapan. Terima kesilapan itu, fahami apa yang tak betul, kemudian buat balik dengan betul. Anda mengeluh sebab Anda buat tak berapa bagus.

Beranikan diri untuk gagal, beranikan diri buat kesilapan sebab kesilapan dan kegagalan adalah guru terbaik bagi seseorang yang mahu berjaya.

Keluhan positif wujud apabila Anda merasa diri Anda tidak berasa bagus, kemudian timbul keinginan untuk buat dengan lebih bagus di lain kali.

Keluhan positif tidak perlu di lepaskan dengan mengeluarkan nafas beserta keluhan berat seperti mana Anda mengeluh tatkala ditimpa masalah atau ditimpa kesusahan. Keluhan positif cukuplah sekadar dengan mengetahui kesilapan, terima kesilapan sebab Anda buat tak berapa bagus selepas itu pasang tekad mahu buat yang terbagus di lain kali.

Anda sentiasa ada peluang membaiki diri, bezanya sama Anda nak dan tak nak saja.

Seorang juara kekal menjadi juara sebab dia belajar dari kesilapan, dialah yang paling banyak menemui kesilapan. Pernah tak Anda terfikir kenapa atlit terus menerus berlatih? Sebab mereka beranikan diri buat kesilapan supaya mereka tahu kelemahan mereka. Bila sudah tahu kelemahan, mereka akan memperbaiki kelemahan itu.

Aset utama juara adalah pengetahuannya.

Dia tahu apa yang salah dan apa yang betul. Dia tahu lebih banyak dari orang lain. Sebab itulah dia kekal jadi juara.

Perbaikilah diri Anda dari sehari ke sehari. Bila bangun pagi dan sebelum tidur, pasang niat di dalam hati Anda mahu perbaiki diri Anda pada keesokan hari.
-petikan dari laman iMotivasi.com.