Ahad, Jun 12, 2011

Alhamdulillah..Sudah Selamat Semuanya.






Syukur alhamdulillah.."berakhirnya sebuah penantian" itulah ungkapan keramat keluar dari mulut ahli keluarga,sahabat handai dan rakan-rakan seperjuangan. Begirulah kebesaran Ilahi. Tiada kata seindah bahasa, aku memanjatkan kesyukuran pada Ilahi kerana dikurniakan cahaya mata lelaki pada 3 Mei yang lepas. Setelah hampir 4 tahun mendirikan rumahtangga dan pelbagai dugaan yang menimpa, inilah hikmah disebalik kesabaran dan ketabahan mengharngi ujian Ilahi. Muhammad Adib Amsyar nama diberi. Semoga ada keberkatan atas namanya...bayi seberat 3.1kg selamat dilahirkan dinegeri kelahiranku. Itulah yang aku idamkan. Bersyukur pada NYA kerana aku diberi peluang mempunyai zuriat sendiri dan...pengalaman disaat melahirkan itu begitu berharga buatku. Terima kasih buat suami tercinta kerana setia bersamaku dan sentiasa memberi semangat padaku sehingga selamat aku melahirkan. Ia adalah suatu pengorbanan..bukan suatu penyiksaan. Aimata ini bukan hanya keranan suatu kegembiraan malah kesyukuran pada Ilahi. Semoga bayiku ini sihat dan minta dijauhkan dari segala kesulitan. Semoga menjadi anak yang soleh..membesar dengan sempurna serta berakhlak mulia. Amiin..abang..sama-samalah kita menjaga anugerah dan amanah Ilahi ini dengan sebaiknya. Insyallah.