Sabtu, Januari 30, 2010

PESAN IBU,AYAH & CIKGU



Pesanan Khas Buat Anak-anak Didikku...Murid Tahun Satu Arif..antaranya..Fikri, Amirul,Muhaimin,Umaira,Amira,Farhana,Alia Athirah,Farah&Salieza..semuanya comel..nakal??Biasa la..

Pesan Ibu
Jangan malas ke sekolah
Kelak kehidupan kita susah
Pesan Ayah
Jangan tinggikan suara
Nanti orang tidak hormatkan kita
Pesan Cikgu
Jangan bamyak ketawa
Kelak kita sering terleka
Pesan Ibu
Tuntut ilmu jangan mengeluh
Kelak hidup akan dicemuh
Pesan Ayah
Mesti hormat orang tua
Bahagia hidup selamanya
Pesan Cikgu
Sentiasa sedar siapa diri
Kelak tidak meninggi diri
Pesan Ibu
Mesti rajin telaah buku
Kelak menjadi insan berilmu
Pesan AYah
Hidup mesti ada jati diri dan kuat
Kelak menjadi manusia hebat
Pesan Cikgu
Sentiasa ingat Allah, solat jangan lupa
Kelak adalah jaminan di Syurga..

Jumaat, Januari 29, 2010

CEBISAN KENANGAN..ARK 1994-2000


Ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga
Meskipun kini kita terpisah demi Kasih-NYA
Namun cebisan kenangan sentiasa bermain dibayangan mata
Detik waktu yang berlalu menjadi memori kau dan aku
Sewaktu kita bersama saling setia menuntut ilmu
Tanpa mengenal erti penat jemu
Ingatkah kau lagi
Kita bersama memijak onak duri
Ditanah gersang mengutip semangat suci
Kini..segalanya tersurat dalam sanubari...
Bersabarlah dengan ketentuan-NYA
Ada rahmat tersembunyi
Bertemu berpisah kerana Allah
Lumrah kehidupan insan beriman
Teman..moga saat terindah berulang kembali..

Saat berkumandang lagu itu..mengingatkan aku suka duka di usia remaja tatkala menuntut ilmu..bersama rakan-rakan..Gedung Ilmu yang banyak mengajarku erti sebuah kehidupan..memberiku banyak pengalaman..memberiku peluang membina jati diri, mengenalkan aku tentang sebuah persahabatan dan ukhwah yang cukup indah dan akhirnya sehingga aku menjadi "adiwira" dalam kehidupanku...walaupun aku bukanlah "budak" yang bijak..pintar..atau bagus..aku hanyalah "seorang remaja sederhana" sahaja..SMU (A) AR-RAHMAH KENALI, KUBANG KERIAN KELANTAN..bermula dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 6 Atas..memori indah di situ..terlalu banyak..dan aku amat berbangga mengakui bahawa aku antara warga ARK..dulu kini dan selamanya..Insyallah..aku juga impikan bahawa suatu hari nanti aku mahu mencurah bakti dan berjasa kepada ARK..kini ARK sudah banyak berubah wajah..Nama juga baru..Maahad Ar-Rahmah Kenali..Tahniah buat semua warga Maahad ARK kini..teruskan perjuangan mendidik anak-anak bangsa..curahkan bakti tanpa jemu, cekalkan hati tanpa walau terpaksa menempuh onak berliku...aku..andai ada dikalangan sahabat mahupun kawan-kawan yang pernah bersama-sama menimba ilmu..ingatlah selalu ARK..aku..kiranya berpeluang akan menjengah di ARK..walaupun hanya berhentikan kereta buat seketika di hadapan ARK... aku pasti tersenyum sendirian..
Terima kasih Ustaz ..
Terima kasih Ustazah..
Terima kasih Cikgu..
Thank You Sir..
Thank You Teacher..
Terima Kasih Mudir..
Terima Kasih Acik Pak Cik Kantin..
Terima Kasih Pekerja Sekolah..
Mereka semua adalah guruku sejati..
Kalian takkan aku lupakan..
Semoga Allah membalas jasa dan bakti kalian..
Restuilah hidupku ini..
Doakanlah daku semoga aku turut
Memperoleh "Berkat" dari ilmu kalian..
Kini..aku juga memikul tanggungjawab sama..
Semoga aku akan cekal,tabah dan berjaya mendidik
Anak-anak Bangsa..
Akanku ajar mereka segigih, sehebat,secekal mana kalian
Mendidikku...
Ya Allah..berkatilah perjuanganku..rahmatilah...Amien..
Kenangan Chikmann sepanjang berada di ARK

1994- Tingkatan 1
1995- Tingkatan 2
1996- Tingkatan 3
Pengawas Sekolah
AJK Pers. Bhs Melayu
PMR
1997- Tingkatan 4
Pengawas Sekolah
AJK Pers. Bhs Melayu
AJK Pers. Undang2 Islam
s/u Rumah Pasukan Badminton
SMU
1998- Tingkatan 5
Pengawas Sekolah
s/u Pers. Bhs. Melayu
Bendahari Rumah Pasukan
SPM
1999- Tingkatan 6Bwh
Pen.Ket.Pengawas Sekolah
AJK Pers. Undang2 Islam
AJK Badan Dakwah ARK
AJK Badan Uniform Pengakap Sekolah
Pen.Pemimpin Pengakap Muda Perempuan Cawangan Kota Bharu
STU (kini STAM)
2000- Tingkatan 6Ats
Ketua Asrama Perempuan ARK
s/u Pers. Bhs Melayu
AJK Badar
AJK Badan Uniform Pengakap Sek
AJK ARKUSIS
STPM

Pencapaian:
1) Mendapat tempat Pertama dalam Pertandingan Perkhemahan Pengakap Perempuan Zon 2 dan Johan Pertandingan Kawad Kaki Perempuan. Tahun 2000.
2) Perkhemahan Jamboori Pengakap Cawangan Kota Bharu di Kem Kijang 1999.

Sabtu, Januari 16, 2010

Doa Dikala Dalam Kedukaan..Bacalah..



اللهم فارج الهم كاشف الغم
مجيب الدعوة المضطرين رحمن الدنيا والاخرة
ورحيمهما انت ترحمني فارحمني
برحمة تغنيني بها رحمة من سواك

Doa ini adalah teman dikala aku ditimpa Ujian Allah...Cukup berat dan kesedihan yang amat terasa..tatkala itu yakinlah dengan Qada' dan Qadar Allah...pabila membacanya rasa cukup tenang...bacalah dengan penuh keyakinan...dan ingatlah..Tidak Allah jadikan suatu musibah itu dengan sia-sia...bahkan ada hikmah besar disebaliknya..!

Jumaat, Januari 15, 2010

RAHSIA SOLAT



Inilah rahsia orang yang mengerjakan solat..ia adalah suatu peringatan bagi kita semua..justeru, setelah kalian membaca coretan ini fikir-fikirlah..apa sebab kita malas untuk menunaikan solat...!Sedangkan hikmah mengerjakannya begitu besar...

1) Niat Sembahyang - Sebenarnya memeliharakan taubatb kita dari dunia dan akhirat.
2) Berdiri Betul - Fadhilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3)Takbiratul Ihram - Fadhilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4) Fatihah - Sebagai pakaian yang indah di dalam kubur.
5) Rukuk - Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6) I'tidal - Akan memberi minuman air dari telaga Al-Kautsar ketika di dalam kubur.
7) Sujud - Memagar kita ketika menyeberangi titian SIROTOL MUSTAQIM.
8) Duduk antara 2 sujud - Akan menaungi panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9) Duduk antara 2 sujud terakhir - Menjadi kenderaan ketika kita di Padang Mahsyar.
10) Tahiyyat Akhir - Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Mungkar & Nakir di dalam kubur.
11) Selawat Nabi - Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12) Salam - Memelihara kita di dalam kubur.
13) Tertib - Akan pertemuan kita dengan Allah s.w.t

Aduhai pembaca sekalian...haruskah kita melengah-lengahkan masa untuk solat??Inilah suatu peringatan yang sangat besar buat kita umat Islam..Tiada yang sia-sia Allah ciptakan..melainkan penuh hikmahnya..Semoga setiap perlakuan dalam kita akan dapat membela kita kelak...Insyallah..

Khamis, Januari 14, 2010

Cemburukah Kita?

Oleh : Qurratu A’Yun
Majalah Sinar Rohani, Feb 2005

DEFINISI cemburu menurut kamus adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih
sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang
dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih. Kecemburuan juga boleh wujud
dalam persahabatan atau antara adik-beradik seperti kakak dengan adik
kandungnya.

Cemburu dapat dikesan apabila seseorang itu mempunyai perasaan
terhadap orang yang dicemburuinya. Oleh itu seringkali kita mendengar orang
berkata ‘cemburu tandanya sayang’ yang seolah-olah menggambarkan bahawa
cemburu adalah satu standard untuk menilai kasih sayang sesuatu pasangan.
Mungkin ini ada benarnya kerana jika kita tidak sayang pada seseorang mengapa
mesti kita merasa cemburu terhadapnya.

Sesungguhnya sifat cemburu adalah naluri manusia yang amat sukar
untuk dibendung. Lantaran ia adalah disebabkan oleh sikap ‘possesive’
seseorang terhadap pasangannya. Di mana dalam dirinya ada satu pengakuan
jelas (tetapi tidak secara langsung) bahawa pasangannya itu hanya untuk
dirinya sahaja dan tidak boleh sama sekali diambil atau dikongsi dengan orang
lain. Namun begitu sifat terlampau cemburu yang mencapai tahap ‘cemburu
buta’ amat tidak digalakkan kerana ia boleh menggugat hubungan sesebuah
rumahtangga begitu juga ketiadaan langsung sifat cemburu pula sebenarnya
boleh membawa akibat buruk kerana ia boleh menjadi punca pasangan ‘mudah
dikebas orang’. Dengan itu terdapat dua jenis cemburu iaitu cemburu yang
positif dan cemburu yang negatif.

Bila berbicara tentang cemburu juga, ramai menuding jari mengaitkannya
dengan kaum hawa di mana mereka beranggapan bahawa kaum wanita ini
sangat kuat cemburunya. Dalam soal ini, sebenarnya sama ada lelaki mahupun
wanita masing-masing mempunyai sifat cemburu. Cuma yang membezakannya
ialah tahap cemburu tersebut dan sejauh manakah perasaan cemburu itu berjaya
dikawal.

Dalam hubungan suami isteri, sifat cemburu wajib dikawal. Jika tidak
klimaksnya nanti boleh membawa kepada putusnya sesuatu ikatan perkahwinan
itu (bercerai). Dalam hal ini rasa cemburu acapkali membuatkan seseorang
berubah menjadi orang yang selalu curiga dan sentiasa berprasangka buruk.
Hakikatnya dia sedar bahawa sikap cemburunya itu kurang menyenangkan
pasangannya tetapi dia tidak mampu mengawalnya. Dia merasakan bahawa apa
yang dilakukan semuanya betul dan sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan oleh
pasangannya hatta perkara yang kecil sekalipun sehingga mencetuskan
pertengkaran demi pertengkaran yang menggugat kemesraan yang terjalin
sebelumnya. Oleh itu untuk menyelamatkan keadaan, seseorang itu apabila
dapat melihat tanda-tanda awal cemburu pada pasangannya, hendaklah
bertindak segera agar tidak merebak. Ikutilah tips berikut tentang bagaimana
untuk mengawal keadaan sekiranya mendapat pasangan yang kuat cemburu.

1. Jika pasangan kita mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawabawa
dengan sifatnya itu. Mungkin kita tidak perlu menjawab setiap
soalan yang diajukan. Sebaliknya lebih baik berdiam diri sahaja daripada
terus menyemarakkan kemarahannya.
2. Anggaplah bahawa dia sebenarnya tidak berniat untuk melukai hati kita.
Mungkin ini tidak disedarinya dan jangan ambil hati.
3. Cuba sedaya upaya untuk membina keyakinan diri padanya. Pujilah
pasangan atau mintalah nasihatnya bila perlu dan sentiasa luahkan
perasaan cinta yang membuktikan bahawa kita menyayanginya. Malah
sebaiknya berikanlah dia sokongan yang berterusan agar dia merasa
sentiasa disayangi dan dihargai.
4. Jangan membabitkan diri dalam situasi yang boleh membuahkan perasaan
cemburu bagi pasangan seperti suka berfoya-foya, berbual-bual mesra
atau bergurau senda dengan orang lain.
5. Berbincanglah dengan pasangan tentang perasaannya. Jika kita telah
berusaha sedaya upaya tetapi pasangan tetap tidak boleh mengawal rasa
cemburunya, kaunseling mungkin jalan terakhir untuk menyelamatkan
keadaan.

‘Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’. Begitulah antara bait-bait
lagu yang menceritakan asam garam kehidupan dalam rumahtangga. Cinta dan
cemburu adalah seperti isi dengan kuku bagi mana-mana pasangan suami isteri.
Yang penting adalah kesederhanaan. Maksudnya seseorang itu harus
mempunyai rasa cemburu terhadap pasangan tetapi mestilah berpada. Jangan
sampai pasangan merasa terkongkong dan dikongkong. Sebaliknya jadikanlah
rasa cemburu itu sebagai alat untuk dapat memperbaiki sikap atau mengkoreksi
diri sendiri terhadap sikap yang selama ini diamalkan. Contohnya, bagi seorang
isteri mahupun suami, adakah penampilan atau layanan yang selama ini
diberikan memuaskan atau tidak. Adakah berlaku sesuatu kekurangan dalam diri
yang sebenarnya mampu kita mengadakannya tetapi tidak kita adakan. Dengan
sikap ini, kita akan sentiasa memperbaiki kualiti diri dan sentiasa memberikan
layanan yang terbaik untuk pasangan supaya ia tidak terpikat kepada yang lain.
Akhirnya, tidak perlu lagi terjadi perbalahan atau pertengkaran yang hebat
antara suami isteri gara-gara sifat cemburu kerana tentu sekali tidak ada
pasangan yang rela diperbodohkan atau diambil kesempatan akibat ketiadaan
sifat cemburu dalam hatinya yang membuatkan dia tidak peka dengan kehendak
sebenar pasangannya. Dengan itu ‘cinta dan cemburu hendaklah diambil
‘sesedap rasa’ sebagai perencah kebahagiaan rumahtangga. Cinta biarlah ikhlas
dan cemburu biarlah bertempat. Kata orang, ‘tanpa cemburu rasa cinta terasa
hampa’. Ingatlah, sesungguhnya ‘ALLAH SWT Maha Cemburu’. Maksudnya?
Ya, bukanlah Allah SWT sangat mencintai kita selaku hamba-hamba-Nya. Cuma
kita yang tidak menyedarinya lantaran HATI kita yang telah ‘TERTAWAN
DENGAN ‘CINTA YANG LAIN’! Pembaca sekalian..renung-renungkanlah coretan cemburu ini..setakat manakah cemburu kita..sejauh manakah kita mengawal cemburu ini? Dapatkah cemburu ini tidak bercambah dalam diri kita??

Selasa, Januari 12, 2010

Rahsia Nama

Dulu...aku tak pernah mengerti apakah itu keserasian nama dan diri kita..entah pape je..Namun sedari dewasa ini..aku dapati ada banyak persamaan dan personaliti..Rahsia nama ini aku nukilkan setelah membuat koreksi terhadap diriku sendiri...tak de reka mengarut tau...Inilah diriku sebenarnya...
M - Memang manis namaku ini
A - Anak Ayah Ibu Mohamad & Sepiah
S - Sangat baik dan prihatin orangnya
L - Lagaknya sangat "cool" dan bersopan-santun
I - Idamkan kehidupan yang serba sederhana seadanya
N - Nampak pendiam tapi pandai bercakap
D - Do the best adalah dorongan hidup
A - Akulah "adiwira" diriku sendiri


Rahsia nama ini amat berkesan dalam kehidupanku...so, kalian bagaimana pula??Renung-renungkanlah!!!
Photobucket

Jumaat, Januari 08, 2010

Selamat Tahun Baru 2010


Salam Tahun Baru buat semua...setahun sudah pun berlalu..banyak cerita pahit manis dilalui...jadikanlah ia suatu pengalaman yang mematangkan diri...Justeru..tahun yang mendatang ini harungilah dengan azam dan dengan nafas yang baru..menjadikan hari lebih baik dari semalam...menjadikan semalam sebagai pengajaran dan hari esok sebagai hari yang terbaik!! Bersama ini daku iringi bersama doa...semoga tahun ini akan lebih bermakna buat kita semua...!

Ya Allah
Ampunilah kami dan ampunilah dosa kedua ibu bapa kami
anak-anak kami, saudara mara kami sebelah ibu dan bapa kami
bapa-bapa saudara sebelah ibu bapa kami
ibu-ibu saudara sebelah ibu bapa kami
ampunilah dosa guru-guru kami
sahabat-sahabat kami
pasangan hidup kami
orang-orang kecintaan kami
orang-orang yang punya haq ke atas kami
orang-orang yang berpesan kepada kami
orang-orang yang berbuat baik kepada kami
orang-oarang yang pernah kami aniayai
orang-orang yang sangat kami kasihi
dan sekalian muslimin dan muslimat
Ya Allah
jadikanlah kami dan mereka semua
terhalang dari api neraka pada hari akhirat
Engkau lihatlah mereka dengan pandangan Rahmah dan
Curahkanlah mereka dengan Kurnia dan pemberian yang banyak
Ya Allah
layanilah hamba Mu ini dan mereka semua
samada cepat atau lambat
di dalam perkara dunia dan akhirat
Ya Allah
janganlah Engkau layani kami
dengan seburuk-buruk layanan
Ya Allah
sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun
Yang Maha Penyantun,Yang Maha Pengasih
Yang Maha Mulia Yang Maha Lembut
Lagi Maha Penyayang...Amien...