Selasa, Mac 29, 2011

Akukah Insan Itu....?

Nantikan...apa yang tersirat disebalik ayat misteri...

Sabtu, Mac 26, 2011

Bagaimana Membina Keluhan Positif

Biasanya sikap suka mengeluh dikaitkan dengan sikap negatif. Namun apa jua yang negatif, boleh ditukar menjadi positif. Bila ada yang positf, barulah ada motivasi.

Positif sifatnya membina, negatif sifatnya memusnah.

Keluhan boleh ditukar menjadi keluhan positif. Hal ini baik untuk memperbaiki diri Anda dalam pelajaran, kerjaya, kekeluargaan, perniagaan,gunanya untuk membina jati diri lebih baik.

Bagaimana untuk mewujudkan keluhan positif?

Ia terjadi apabila Anda terbuat satu kesilapan. Jangan mengeluh, sebaliknya belajar dari kesilapan. Terima kesilapan itu, fahami apa yang tak betul, kemudian buat balik dengan betul. Anda mengeluh sebab Anda buat tak berapa bagus.

Beranikan diri untuk gagal, beranikan diri buat kesilapan sebab kesilapan dan kegagalan adalah guru terbaik bagi seseorang yang mahu berjaya.

Keluhan positif wujud apabila Anda merasa diri Anda tidak berasa bagus, kemudian timbul keinginan untuk buat dengan lebih bagus di lain kali.

Keluhan positif tidak perlu di lepaskan dengan mengeluarkan nafas beserta keluhan berat seperti mana Anda mengeluh tatkala ditimpa masalah atau ditimpa kesusahan. Keluhan positif cukuplah sekadar dengan mengetahui kesilapan, terima kesilapan sebab Anda buat tak berapa bagus selepas itu pasang tekad mahu buat yang terbagus di lain kali.

Anda sentiasa ada peluang membaiki diri, bezanya sama Anda nak dan tak nak saja.

Seorang juara kekal menjadi juara sebab dia belajar dari kesilapan, dialah yang paling banyak menemui kesilapan. Pernah tak Anda terfikir kenapa atlit terus menerus berlatih? Sebab mereka beranikan diri buat kesilapan supaya mereka tahu kelemahan mereka. Bila sudah tahu kelemahan, mereka akan memperbaiki kelemahan itu.

Aset utama juara adalah pengetahuannya.

Dia tahu apa yang salah dan apa yang betul. Dia tahu lebih banyak dari orang lain. Sebab itulah dia kekal jadi juara.

Perbaikilah diri Anda dari sehari ke sehari. Bila bangun pagi dan sebelum tidur, pasang niat di dalam hati Anda mahu perbaiki diri Anda pada keesokan hari.
-petikan dari laman iMotivasi.com.