Jumaat, April 30, 2010

YANG PERGI BIARKANLAH IA..SABAR DAN REDHALAH SAYANG..

18 April 2010
0730 a.m..

Kehilangan itu menyakitkan
Kehilangan itu memeritkan
Kehilangan itu mendukacitakan
Peritnya perasaan pabila kehilangan
Sakit dada menanggung sebak di dalam
Sesak nafasku menahan sendu dikalbu
Pahitnya untuk ku telan
Sukar menerima kenyataan
Tuhanku..
Berikan daku kekuatan
Menadah tangan menerima takdirMU
Aku Redha..pasrah dengan UjianMU
Kerana ku percaya pada KudratMU
Hikmah dan nikmat disebalik semua ini
Tuhanku..
Bawalah daku ketenangan
Kuatkan keimanan ku pada Qada' dan QadarMU
Tabahkanlah hatiku
Aku tega pada kedukaan ini
Kadangkala aku rasa tak mampu
Namun ku berserah segalanya padaMU
Tuhanku..
Aku tagih janji-MU
Ku Redha ia pergi dariku
Kerana ia belum menjadi milikku
Kerana ia milik Mutlak MU
Tuhanku..
Ku nantikan janji pasti MU
Temukan nanti daku dengannya
Di sana..di Taman Syurga..
Chikmann keguguran kali ke-2 pada 18 April 2010...

0 comments: