Selasa, Oktober 27, 2009

Ku Mencari-cari


SALAM...Salam kerinduan buat semua rakan-rakan yang mengenaliku...
Sedar tak sedar sudah hampir 4tahun aku bergelar pendidik...berat tu..memikul amanah dan tanggungjawab...mendidik anak bangsa...banyal pahit manisnya meskipun baru mencecah 4 tahun ini...Bila bercerita tentang pengalaman pendidik ini mengingatkan aku akan rakan-rakan seperjuangan semasa menuntut ilmu di institut perguruan tahun 2006-2007...seronoknya masa tu, macam-macam perkara aku pelajari..tentang pahit manis kehidupan,persahabatan, kasih sayang, keakraban berkawan...memang best. Walaupun sekejap cuma...ia banyak mengajarku tentang segalanya...thanks kawan-kawan...Foto itu adalah rakan-rakan seperjuangan sekelas (j-QAF)memang sporting, baik lelaki atau perempuan..lebih-lebih lagi aku dan sorang lagi kawan (Ina Naim)yang paling muda la sikit umurnya diantara yang lain(hehehe) jangan marah...! So, kami seperti adik-adik mereka sahaja...!Dalam suka duka buat esaiment, buat presentation, buat nota..pening2 dengan tingkah laku pensyarah dan macam2 lagi...waktu belajar hanya time cuti sekolah, maka itulah saat yang paling banyak cerita...aduhai...seronoknya masa tu...! Foto ini diambil pada hari terakhir kami kuliah untuk KISSM 2007...dari kiri: abg Zamri,Ust Khairul (KU), kak Mus, Kak Ina, Kak Masitoh, Kak Najah,Kak Maa, Hasnida, Kak Geeda, Kak Kamisah, Kak Murni, Bakri, Burhanuddin,kak Khairil,Kak Nida,kak Miee,Ina,kak Maz,Kak Ieda,Kak Mai & Kak Iejah...i Luv You All...Semoga perjuangan yang kita lanterakan ini akan menyala dan terus bercahaya hingga ke mercunya...Cemerlang kita Gemilang anak didik kita...matlamat kita..memperkasakan pendidikan Islam melalui Jawi-Aq-Arab&Fardhu Ain..Andai ada diantara rakan-rakan yang menatap nukilanku ini, hubungilah daku..harapanku moga ukhwah yang telah terjalin suatu ketika dulu akan terus berpanjangan...Insyaallah...harapanku jua di dalam ruangan ini kan ku dapat mengeratkan kembali segalanya..emellah daku jika kelapangan..inilah medan buatku untuk berkongsi bingkisan kisah kehidupan...Okeyz....! Ilall liqa!!

Isnin, Oktober 26, 2009

Koleksi Foto Raya 2009





Hari Raya Pertama dirumahku...

Hari Raya Kedua...umah Abang..

Selagi Ada Rindu


Selagi ada waktu
Selagi ada Rindu
Biar beribu batu
Ingin aku bertemu
Ku berdoa pada Tuhan
Selagi ada langit dan bumi
Selagi itu cinta bersemi
Oh sayang...damailah
Engkau di sana
Ku berdoa pada Tuhan
Engkau bahagia di sana

Rabu, Oktober 21, 2009

Dia yang Tercinta..Segalanya buatku..


Siapa lagi...? insan yang setia bersamaku diwaktu suka & duka...dialah nadi hidupku...Abang cayang...! Mohd. Nazrul b. Mat Daud...

Selasa, Oktober 20, 2009

JOM KENALI SIAPAKAH EMPUNYA BLOG INI...HEHEHE


ASSALAMUALAIKUM SEMUA..ERM...
HARAPAN DAKU SEMOGA ORANG SIHAT DAN BAIK-BAIK AJA...

JOM KENALI SIAPAKAH GERANGAN EMPUNYA CHIKMANN INI..
Namaku Maslinda bt Mohamad, anak kelahiran Pantai Timur..negeri Kelantan Darul Naim. Dilahirkan seberat 3.50 kg pada pukul 8.30 pagi 09091981 di Hospital Besar Kota Bharu. Merupakan anak yang ke-12 dari 13 adik beradik. Masih mempunyai ayahanda yang mempunyai anak perempuan 8 orang & 5 anak lelaki. Ayahanda mempunyai cucu seramai 46 orang dan cicit seramai 4 orang. Mendapat pendidikan awal di Sk. Parang Puting sehingga Tahun 4 seterusnya di Sk. Mentuan hingga Tahun Enam. Menyambung pendidikan menengah di SMA(U) Ar-Rahmah Kenali. Sekolah yang banyak mengajarku erti kehidupan dan pengalaman yang amat berharga sekali. Zaman remaja amat menyeronokkan dan menjadi kenangan terindah...Tamat pendidikan menengah sehingga STPM dan melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Islam Malaysia (kini dikenali Universiti Sains Islam Malaysia USIM) Setahun menimba pengalaman bekerja di Maahad Tahfiz Al-Quran di Bandar Baru Bangi selama setahun dan melanjutkan pelajaran ( Diploma Pendidikan KPLI) di Institut Perguruan Raja Malewar selama setahun. Kini bergelar seorang pendidik di kawasan felda Negeri Sembilan. Mendirikan rumahtangga pada 19 November 2007.
chikmann itu asalnya adalah gelaran chik dari anak-anak buahku, manakala mann itu bermaksud "perasaan" (dalam bahasa Hindi) Namun ia berubah maksud pula..kerana suamiku bernama Mohd. Nazrul lalu 'mann' itu bermaksud ringkasan dari namanya...Orait!!!nanti kang sambung cerita lagi pasal kisah cintan ku...hehehe!


I'm Ok!

EEErrmmm.....Belum abis cerita lagi tentang raya..sebab hari tu hati masih gundah...namun, hidup kita mesti diteruskan...! Aku akan berusaha untuk menjadi insan yang sentiasa gembira dan ceria...! ok, raya yang baru saje meninggalkan kita masih terasa bahangnya...Raya kali ini giliran di rumah orang tuaku...kami sebenarnya tidak membuat apa-apa perjanjian atau giliran, tapi semuanya atas persetujuan dan tolak ansur kami...tak perlu nak bermasam muka untuk tunggu giliran...lagipun rumah kami tidak jauh mane..lebih kurang dalam 40 minit perjalanan sahaja... aku tidak kisah beraya kat rumah mana dahulu...kalau balik umah suamiku, seronok sebab adik-adiknya yang sporting dan satu kepala gak...lagipun ibu mertua ku yang cukup baik...menyebabkan aku tidak pernah merasa kehilangan ibu sebelum ini...apabila beraya di rumah orang tuaku..lagi best..memandangkan aku dari keluarga yang besar..memang seronok..dengan riuh rendah suara anak-anak buah..cicit ayahku..macam-macam..lagipun suamiku gembira..sebab dia seorang anak yatim..tidak berayah..pabila berada dala keluarga kami jelas riak wajahnya yang begiru selesa sekali...alhamdulillah...banyak kisah suka duka yang inginku paparkan di sini...tunggu...!

Besarnya Nikmat REDHA...

Setelah hampir 2 tahun mendirikan rumahtangga baru kini kami mendapat..aku disahkan mengandung 2 bulan...bayangkan betapa gembiranya kami kerana inilah yang kami nantikan selama ini..bukan harapan kami sahaja, malah bagi semua pasangan yang mendirikan rumahtangga akan mengharapkan kehadiran orang baru dalam kehidupan mereka...aku tidak sabar untuk berkongsi berita gembira ini dengan seluruh ahli keluarga kami, bayangkan betapa hari-hari yang mendatang kami sungguh bahagia..suami yang tercinta...nampak benar keceriaan dan terujanya dengan kehamilanku...Namun, aku seperti ibu-ibu hamil yang lain...mungkin disebabkan kepenatan bekerja dan kerap dalam perjalanan jauh..aku penat dan dimasukkan ke hospital...4 hari di dalam wad..semuanya ok dan aku dibenarkan pulang...aku ada lagi pertemuan dengan doktor memandangkan aku akan pulang ke kampung dengan perjalanan jauh..aku dinasihatkan agar banyak rehat dan tidak terlalu banyak hentakan kerana faham-faham jelah nak balik kampung...jauh nun di pantai timur..!!Selepas raya aku merujuk ke hospital untuk tujuan scan kandungan kami..di saat ini bermulanya episod sedih kami...doktor memberitahu bahawa jantung janinku tidak kelihatan..bayangkan betapa terkedunya aku pada waktu itu, pabila aku khabarkan pada suami..dia tidak menunjukkan reaksinya..namun aku memahaminya..mulut lelaki adalah dihatinya...Aku tidak putus-putus berdoa padaNYA...seandainya benar ia bukan rezeki kami lagi biarlah janinku ini turun sebaiknya...walaupun sedih dan risau..kami bersedia dan Redha dengan Qada dan Qadar NYA...Namun benarlah, inilah ujian berat bagi aku dan suami...kami telah kehilangannya...ALLAH lebih menyayanginya...aku keguguran tanpa diduga...kandunganku mencecah 4 bulan..cukup sifatnya, nampak tangan, jari, mata, telinga, paha...amat memilukan..betapa ALLAH Yang Maha kuasa..membenihkan insan di dalam rahim yang sekecilnya di dalam perut insna bergelar ibu...aku pilu..namun tetap mengkagumi ciptaan Ilahi yang cukup hebat ini...Suamiku pasrah kehilangannya..mungkin belum rezeki kami lagi..kami akur dengan ketentuannya...di awal situasi begini aku tidak nafikan agak sukar untuk menerimanya..kami Redha..erm...berbalik kepada lirik nasyid tadi...hayatilah kata-katanya. Ia memberi makna yang mendalam buatku..dan suami..kita semua sebagai hambaNYA, perlu sentiasa ingat-maningati..nasihat-menasihati...pesan berpesan..bahawa dalam kehidupan kita tidak semua yang telah kita lalui, yang sedang kita tempuhi dan yang akan kita harungi itu indah, bahagia, gembira, tenang dan menyeronokkan...hidup ini ada pasang surutnya..dan kita jangan alpa dengan semuanya itu...bersyukur dengan apa yang kita perolehi...ia adalah pemberian Ilahi..DIA yang memberi dan tidak mustahil DIA juga menariknya semula...! Apa yang telah kami hadapi itu adalah suatu pengalaman besar..aku insaf..Insyallah..aku selalu berdoa..semoga ALLAH akan makbulkan doa kami..kami tidak akan berputus asa...semoga kami akan cepat menimang cahaya mata..Insyallah..Amien....Buat pembaca sekalian..semoga kisah pengalaman yang aku paparkan ini akan menjadi pengajaran buat kalian..aku fikir bahawa kita seharusnya berkongsi kisah sebegini..ia baik sebagai tazkirah dan cerita pahit manis dalam kehidupan...ok! Setakat ini dulu....Terima kasih kerana membacanya!!!

Isnin, Oktober 19, 2009

Siapalah Daku isi-MU


Hidup tidak selalunya indah..langit tak selalu cerah..bulan malam tak berbintang..itulah lukisan alam...tatkala alunan lirik ini berkumandang...tatkala itu ia mengingatkan aku bahawa dalam kehidupan ini tak semestinya apa yang kita inginkan, yang diharapkan, yang diimpikan, yang diangankan akan menjadi kenyataan...lumrah alam..begitulah...demikian itu..sebagai hamba NYA yang lemah aku turut merasai dan menempuhinya...Dugaan NYA cukup hebat buatku..Lalu aku tidak berputus asa..DIA yang memberi Ujian..maka DIA jualah yang tahu Hikmah disebaliknya... Aku Redha...Aku memohon pada NYA agar aku terus tabah...cekal hati menempuhi kehidupan mendatang...semoga dengan Ujian yang ku terima ini akan menambahkan lagi keimanan dan ketaqwaan aku terhadap Rabbul Izzati...Setiap manusia hadir ke alam ini..bermulanya suatu kelahiran...lalu..sudah tentu akan berakhir dengan kematian..ia adalah suatu kehilangan..dan ia suatu yang amat sukar diterima...Redhalah...

Sabtu, Oktober 17, 2009

my family


salam iedulfitri... tahun nie merupakan tahun yang berbeza dari tahun sebelumnya. semoga ukhwah yang terjalin ini terus berkekalan...