Rabu, Disember 16, 2009

Ayah oh Ayahku Sayang...


Tanggal 10 Disember 2009 yang lepas, genap umur ayahku 75 tahun..erm..da semakin bertambah usianya..Tatkala tibanya tarikh ulangtahun kelahirannya..tetiba ayah diserang demam..mungkin demam biasa je..sebab da lama ayah tak demam! Mungkin juga demam rindu..pada anak-anaknya la...!Dikesempatan cuti sekolah yang panjang begini aku akan cuba berhubung dengan adik beradikku yang lain..menziarahi mereka dan mengadakan aktiviti keramaian..Justeru, pada 11 Disember 2009 yang lalu, kami semua berpakat untuk pergi berkelah dipantai. Bak kata pepatah menyelam sambil minum air, kami bawa ayah bersama meskipun keadaan ayah masih tidak berapa sihat lagi. Namun terpancar kegirangan diwajah ayah untuk menyertai kami..kami sewakan chalet di situ untuk keselesaan ayah berehat. Jadi seperti kami meraikan Hari Keluarga berada di situ. Sri Perkasa Beach Resort nama tempatnya. Anak-anak, sejauh manakah kasih sayang terhadap ayah? Ayah, setebal manakah kasihnya pada anak-anak dan sayangnya pada cucunya? Walaupun masih berkerut dahi menahan penat dan lesu badan ayah tetap gagahkan kaki bersama kami. Anak-anak, sejauh mana berada, demi meraikan dan menggembirakan hati ayah yang dicintai sanggup berlapang masa bersama..Kasih ayah tak ternilai...sayang anak tiada tandingan..Ayah..sejak ketiadaan ibu hidupnya tiada berteman..namun keriuhan dan kehadiran anak-anaklah yang menjadi penawar dikala itu..pabila anak-anak berjauhan mulah terasa betapa rindunya..si anak pula, tatkala tidak menatap wajah ayah..tentunya terasa seperti ada kekurangan di sisi..Ayah dan anak...itulah keramatnya kasih sayang yang tiada bandingan..12 Disember 09, demam ayah masih belum baik...makan tak lalu, tidur tak lelap..terpancar kegusaran diraut wajahnya..kasihan ayah..tak pernah pula ayah mengalami keadaan sebegitu. di usia begini dia makin terasa sunyi dan inginkan teman..pada siapa mahu diadu? Ayahku seorang yang tabah..cekal hatinya..perahsia orangnya..mungkin kerana ayahku adalah " anak bongsu" dan sifat kemanjaannya masih terbawa-bawa..Ayah di bawa ke hospital pula kali ini, kerana demam ayah masih tidak baik lagi. Mungkin terkena denggi ke, darah tinggi ke...mana tahu?? Alhamdulillah ayah tiada apa-apa penyakit..bagi aku..dia rindukan keriuhan suara anak-anak dan abangku yang berada di Perak..Abangku terpaksa pulang awal ke negeri Perak kerana urusan pembelajarannya..kerana abang menyambung pengajiannya di IPT. Abang tidak berpeluang untuk tinggal lama bersama ayah di kampung..sepanjang masa ayah asyik menyebut nama abangku sahaja...kami 11 beradik ni sememangnya rapat dan akrab dengan ayah, tatkala begini tentunya ayah rindukan anak-anaknya...Aku menghubungi semua adik beradikku..Alhamdulillah, mana yang dekat terus pulang menziarahi ayah, mana yang jauh sentiasa bertanya khabar melalui telefon..Lihat...sejauh manakah kasih dan sayang ini dapat dinilaikan...? Aku berbangga...walaupun kehidupan kami sekeluarga adalah sederhana sahaja namun kasih sayang yang ada dalam hati anak-anak ayahku ini tiada bandingan untuk dinilaikan...Walaupun adik beradikku tidaklah kaya dan hidup mewah, namun kekayaan kasih sayang kami semua tiada mahar untuk dinilai...Aku berdoa pada Tuhan...Semoga ukhwah yang terjalin ini akan berterusan dan berkekalan selamanya..meskipun suatu hari nanti ayah tiada di sisi...kami semua tetap akrab dan silaturrahim kukuh selamanya..apa yang ingin ku kongsi dengan pembaca sekalian ialah kasih bapa dan sayang anak itu...Ayah..kami semua sayangkan ayah...Semoga ayah cepat baik dan sihat seperti dulu..Luv You Ayah!!!

Selasa, Disember 08, 2009

Cuti Sekolah Sudah Bermula..?





Bila disebut pasal suti sekolah,bukan setakat kanak-kanak je yang gembira tapi warga pendidik pun begitu jua. Tak sabar menunggu cuti yang panjang. Pun begitu, inilah sebenarnya ruang untuk mereka menarik nafas seketika setelah sekian lama berpenat lelah...tentunya ini adalah peluang yang mesti habiskan bersama keluarga...23 November lepas aku berpeluang mengikuti rombongan Lawatan Sehari bersama murid sekolahku ke bandaraya Kuala Lumpur.Dah lama tak bersiar-siar inilah peluangnya..Lawatan kami bermula ke Zoo Negara kemudian menghala ke KLCC di Aquaria seterusnya menuju ke Masjid Wilayah untuk berhenti berehat,makan dan solat kemudian meneruskan perjalanan ke Masjid Putrajaya. Meskipun sehari rombongan tersebut tapi ia banyak memberi "pelajaran"...kepada sesapa yang merasakan ia suatu pembelajaranlah...!
Bercerita tentang bersiar-siar ini sebenarnya adalah dituntut oleh agama...selain dari "mencuci mata" ia juga bagus dalam meluaskan pandangan dan minda..melihat alam sekeliling disepanjang perjalanan. Betapa banyak kebesaran Allah Pencipta Alam yang dapat kita saksikan. Allah ada berfirman..lebih kurang beginilah bunyinya..." berjalanlah kamu dimuka bumi ini dan perhatikanlah ciptaan KU" Tatkala kita melihat ciptaan Allah ini, akan terasa kerdilnya kita disisi Tuhan Rabbul Alamin...tak mampu kita manusia nak mengadakan semua ini..itu sebab Allah mencipatakan kita manusia sebagai "khalifah" dimuka bumi...siapa yang akan mengaturkan segalanya? Manusialah..setelah Allah ciptakan langit dan bumi dan segala isinya...manusialan yang mentadbirkannya...Bersyukur pada Tuhan kerana kita semua adalah insan terpilih...Namun, hingga kini siapakah yang benar-benar bertanggugjawab menguruskan amanah Allah ini...? Tepuk dada tanyalah iman..Disebalik kejadian dan ciptaan Allah itu adalah hikmah serta tujuannya..justeru kita sebagai hamba jangan terlalu rakus dan memandang sesuatu itu bersahaja serta berlalu begitu sahaja..Kita bersiar-siar dan melihat keagungan ciptaan Allah. Bertasbihlah, berzikirlah memuji Allah...kerana Allah kita semua dapat mengecapi segala nikmat dan dapat meneruskan kelangsungan hidup...
Jadi para pembaca sekalian, waktu cuti yang panjang inilah peluang untuk kita semua bermusafir malihat isi alam, mengeratkan silaturrahim dan ukhwah..kalau bukan pendidik sekalipun, bawalah anak-anak menikmati keindahan alam, bergembiralah dan jangan lupa memuji keagungan Allah disepanjang perjalanan anda...! Selamat Bercuti kepada semua..!!!

Isnin, November 30, 2009

Ulangtahun Perkahwinan ke-2 Kami


20 November 2009...genap 2 Tahun usia perkahwinan kami, cepatnya masa berlalu. Tanpa disedari,peristiwa semalam sudah banyak mengajar erti kehidupan berumahtangga..namun, adakalanya kita perlu akur dengan arus dugaan Ilahi, waktu yang berlalu meninggalkan kita, memberikan ilmu dan pengalaman berharga...Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan suami yang memimpinku penuh kebahagiaan dalam melayari ranjau kehidupan yang kami bina bersama...Dialah kawan karibku, sahabat dikala kesepian, tempat meluah rasa, teman bergelak tawa bersama, tangis sendu dirasai berdua...pengalaman yang kami lalui bersama itulah yang mematangkan kami...Insyallah, semoga Allah terus memberkati dan sentiasa di bawah lembayung Rahmah Mawaddah NYA...Amieen...Abang, tenqiu for everything!!

Isnin, November 09, 2009

Banjir Oh Banjir 2009


Salam Sejahtera semua...Dah tak lama lagi cuti sekola akan bermula...dah tak lama lagi umat Islam sejagat akan menyambut Hari Raya Aidil Adha...dan belum apa-apa lagi kampungku dilanda banjir lagi...tahun ni cepat pulak banjir melanda...mungkin disebabkan faktor fikizal dan bencana alam yang menimpa seluruh negara...tak terkecuali juga di negara kita...kebiasaannya awal Disember mulanya..tapi kali ini lain lak ceritanya...Bercerita pasal banjir ni...banyak kisah suka duka yang aku alami...suatu pengalaman baru buat aku dan paling penting ia menyeronokkan. Pengalaman pertama aku dengan kes "banjir" ni pada Disember 2007..ia melekat dalam mindaku sampai bila-bila...he..waktu itu baru beberapa minggu kami bergelar "pengantin baru" aku ni bukannya budak bandar tapi aku tidak pernah mengalami situasi banjir ini..kampung suamiku sememangnya "famous" dengan kawasan conform naik air setiap kali musim hujan musim tengkujuh..kalau waktu banjir sebegitu rumah abangku seperti berada di tengah pulau...perahu, sampan dan bot bagaikan kenderaan utama tika itu...seronok apabila melihat anak-anak kecil bermain air..mendayung sampan..bergolek ke sana ke sini..ish ish..bestnya masa tu..tapi yang tak bestnya akula....budak jakun ni...pertama kali menghadapi situasi begitu aku demam terkejut...badan mengigil ketakutan...macam2 perasaan ada..nak nangis pun ada...tapi pada masa yang sama aku turut membantu ibu mentuaku mengemas barang2 umah...risau tenggelam dek air yang menerjah dan semakin naik...beruntung juga dapat bersuamikan orang yang tinggal dikampung ni...sekurang-kurangnya aku dapa merasainya..orang lain??tak dapat..tak semuanya dapat kan??Banjir 2008....waktu ini best la...sebab aku dah biasa tengok air banjir beasr tahun 2007 tu..hehehehe...kali ni aku dah berani naik perahu lama ( perahu nenek suamiku)..bestnya dapat mengayuh sendiri..walaupun dengan rasa takut tapi ia pengalaman yang tak dapat ku lupa.Erm...bercerita pasal banjir ni tak abis..penat nak baca nanti...well...apapun aku doakan moga ibu mentuaku tetap tabah dan sabar menerima ujian Allah...sekarang ni ibu mertuaku bersama 2 org adik iparku berada di tempat pemindahan mangsa banjir di SK Pengkalan Kubur Kelantan..maaf Maa..tak dapat nak membantu Maa mengemas barang2 kat umah..hanya doa dari jauh moga banjir cepat surut..boleh pulang ke rumah dan mengemas...aku sentiasa mengikuti perkembangan banjir dikampung melalui media massa..Okey..kita sembang lagi...byep!!

Isnin, November 02, 2009

Aduhai Anak-anak Didikku


Assalamualaikum...Hari ini rasa macam nak menulis sesuatu yang sekian lama bermain dibenakku...apakah aku sahaja yang memikirkannya ataupun semua orang sentiasa memikirkannya...? Hari- hari meneruskan rutin ke sekolah mengajar, mendidik..jumpa rakan sekerja dan macam2 lagi...Setiap kali pergi ke sekolah, macam -macam bermain diminda..setiap hari kita akan pelajari perkara yang baru..kita hadapi kerenah yang pelbagai..dan kesabaranlah yang banyak diduga..bercerita tentang "kesabaran" ini...ADuhai inilah kerenah anak-anak muridku...Tahun Satu ni memanglah mencabar sekali...nak mententeramkan mereka dengan kehadiran guru dalam kelas pun memakan masa hampir 15minit..bayangkanlah..di mana silapnya??Kerenah mereka yang masih meladeni keruwetan nakalnya...Tumpuan pada guru hanya 5minit pertamanya je..aduhai...Apa yang harus akuu lakukan...?nak marah? oh tidaaak...!!!!mungkin itulah jua sikap nakal semasa dibangku sekolah dulu..hehehe..Kadangkala aku fikir anak-anak kini terlalu seronok dengan dunia disekelilingnya..hinggakan lupa bahawa mereka perlu ke sekolah dan belajar...dunia dah maju sekarang..zaman pun dah berubah..alam persekolahan aku dahulu...penuh dengan takdib kalau ke sekolah hanya fikir nak belajar sahaja. Berbeza sungguh...justeru di sinilah peranan kita pendidik..Aduhai anak-anak muridku...kita guru, amanah kita bukan hanya mencurahkan ilmu bahkan mendidik mereka tentang adab tertib, budi bahasa dan kita sendiri seharusnya menjadi "teladan" yang baik kepada mereka..!Kini dah masuk tahun ke 4 aku bergelar pendidik...ini bermakna murid pertama product j-QAF disekolah ini dah Tahun 4...inilah cabaran aku dan rakan j-QAF yang lain..anak sulung kami inilah "penentu" kepada "airtangan" didikan kami...Aku selalu berdoa agar mereka semua akan menjadi anak-anak soleh & solehah...cemerlang dan bijak pandai semuanya..bak kata orang tua "sejuk mata memandang, hati pun tenang"..hehehe!Ini satu lagi persoalanku..." anak-anak sekarang ini apakah mereka sudah lupa adab, budi bahasa, tidak hormat orang tua atau ibu bapa mereka yang tidak mengikuti perkembangan zaman kini? Apa pendangan kalian??Jom kita kongsi bersama...TQ!

Aduhai Anak-anak Didikku

Selasa, Oktober 27, 2009

Ku Mencari-cari


SALAM...Salam kerinduan buat semua rakan-rakan yang mengenaliku...
Sedar tak sedar sudah hampir 4tahun aku bergelar pendidik...berat tu..memikul amanah dan tanggungjawab...mendidik anak bangsa...banyal pahit manisnya meskipun baru mencecah 4 tahun ini...Bila bercerita tentang pengalaman pendidik ini mengingatkan aku akan rakan-rakan seperjuangan semasa menuntut ilmu di institut perguruan tahun 2006-2007...seronoknya masa tu, macam-macam perkara aku pelajari..tentang pahit manis kehidupan,persahabatan, kasih sayang, keakraban berkawan...memang best. Walaupun sekejap cuma...ia banyak mengajarku tentang segalanya...thanks kawan-kawan...Foto itu adalah rakan-rakan seperjuangan sekelas (j-QAF)memang sporting, baik lelaki atau perempuan..lebih-lebih lagi aku dan sorang lagi kawan (Ina Naim)yang paling muda la sikit umurnya diantara yang lain(hehehe) jangan marah...! So, kami seperti adik-adik mereka sahaja...!Dalam suka duka buat esaiment, buat presentation, buat nota..pening2 dengan tingkah laku pensyarah dan macam2 lagi...waktu belajar hanya time cuti sekolah, maka itulah saat yang paling banyak cerita...aduhai...seronoknya masa tu...! Foto ini diambil pada hari terakhir kami kuliah untuk KISSM 2007...dari kiri: abg Zamri,Ust Khairul (KU), kak Mus, Kak Ina, Kak Masitoh, Kak Najah,Kak Maa, Hasnida, Kak Geeda, Kak Kamisah, Kak Murni, Bakri, Burhanuddin,kak Khairil,Kak Nida,kak Miee,Ina,kak Maz,Kak Ieda,Kak Mai & Kak Iejah...i Luv You All...Semoga perjuangan yang kita lanterakan ini akan menyala dan terus bercahaya hingga ke mercunya...Cemerlang kita Gemilang anak didik kita...matlamat kita..memperkasakan pendidikan Islam melalui Jawi-Aq-Arab&Fardhu Ain..Andai ada diantara rakan-rakan yang menatap nukilanku ini, hubungilah daku..harapanku moga ukhwah yang telah terjalin suatu ketika dulu akan terus berpanjangan...Insyaallah...harapanku jua di dalam ruangan ini kan ku dapat mengeratkan kembali segalanya..emellah daku jika kelapangan..inilah medan buatku untuk berkongsi bingkisan kisah kehidupan...Okeyz....! Ilall liqa!!

Isnin, Oktober 26, 2009

Koleksi Foto Raya 2009





Hari Raya Pertama dirumahku...

Hari Raya Kedua...umah Abang..

Selagi Ada Rindu


Selagi ada waktu
Selagi ada Rindu
Biar beribu batu
Ingin aku bertemu
Ku berdoa pada Tuhan
Selagi ada langit dan bumi
Selagi itu cinta bersemi
Oh sayang...damailah
Engkau di sana
Ku berdoa pada Tuhan
Engkau bahagia di sana

Rabu, Oktober 21, 2009

Dia yang Tercinta..Segalanya buatku..


Siapa lagi...? insan yang setia bersamaku diwaktu suka & duka...dialah nadi hidupku...Abang cayang...! Mohd. Nazrul b. Mat Daud...

Selasa, Oktober 20, 2009

JOM KENALI SIAPAKAH EMPUNYA BLOG INI...HEHEHE


ASSALAMUALAIKUM SEMUA..ERM...
HARAPAN DAKU SEMOGA ORANG SIHAT DAN BAIK-BAIK AJA...

JOM KENALI SIAPAKAH GERANGAN EMPUNYA CHIKMANN INI..
Namaku Maslinda bt Mohamad, anak kelahiran Pantai Timur..negeri Kelantan Darul Naim. Dilahirkan seberat 3.50 kg pada pukul 8.30 pagi 09091981 di Hospital Besar Kota Bharu. Merupakan anak yang ke-12 dari 13 adik beradik. Masih mempunyai ayahanda yang mempunyai anak perempuan 8 orang & 5 anak lelaki. Ayahanda mempunyai cucu seramai 46 orang dan cicit seramai 4 orang. Mendapat pendidikan awal di Sk. Parang Puting sehingga Tahun 4 seterusnya di Sk. Mentuan hingga Tahun Enam. Menyambung pendidikan menengah di SMA(U) Ar-Rahmah Kenali. Sekolah yang banyak mengajarku erti kehidupan dan pengalaman yang amat berharga sekali. Zaman remaja amat menyeronokkan dan menjadi kenangan terindah...Tamat pendidikan menengah sehingga STPM dan melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Islam Malaysia (kini dikenali Universiti Sains Islam Malaysia USIM) Setahun menimba pengalaman bekerja di Maahad Tahfiz Al-Quran di Bandar Baru Bangi selama setahun dan melanjutkan pelajaran ( Diploma Pendidikan KPLI) di Institut Perguruan Raja Malewar selama setahun. Kini bergelar seorang pendidik di kawasan felda Negeri Sembilan. Mendirikan rumahtangga pada 19 November 2007.
chikmann itu asalnya adalah gelaran chik dari anak-anak buahku, manakala mann itu bermaksud "perasaan" (dalam bahasa Hindi) Namun ia berubah maksud pula..kerana suamiku bernama Mohd. Nazrul lalu 'mann' itu bermaksud ringkasan dari namanya...Orait!!!nanti kang sambung cerita lagi pasal kisah cintan ku...hehehe!


I'm Ok!

EEErrmmm.....Belum abis cerita lagi tentang raya..sebab hari tu hati masih gundah...namun, hidup kita mesti diteruskan...! Aku akan berusaha untuk menjadi insan yang sentiasa gembira dan ceria...! ok, raya yang baru saje meninggalkan kita masih terasa bahangnya...Raya kali ini giliran di rumah orang tuaku...kami sebenarnya tidak membuat apa-apa perjanjian atau giliran, tapi semuanya atas persetujuan dan tolak ansur kami...tak perlu nak bermasam muka untuk tunggu giliran...lagipun rumah kami tidak jauh mane..lebih kurang dalam 40 minit perjalanan sahaja... aku tidak kisah beraya kat rumah mana dahulu...kalau balik umah suamiku, seronok sebab adik-adiknya yang sporting dan satu kepala gak...lagipun ibu mertua ku yang cukup baik...menyebabkan aku tidak pernah merasa kehilangan ibu sebelum ini...apabila beraya di rumah orang tuaku..lagi best..memandangkan aku dari keluarga yang besar..memang seronok..dengan riuh rendah suara anak-anak buah..cicit ayahku..macam-macam..lagipun suamiku gembira..sebab dia seorang anak yatim..tidak berayah..pabila berada dala keluarga kami jelas riak wajahnya yang begiru selesa sekali...alhamdulillah...banyak kisah suka duka yang inginku paparkan di sini...tunggu...!

Besarnya Nikmat REDHA...

Setelah hampir 2 tahun mendirikan rumahtangga baru kini kami mendapat..aku disahkan mengandung 2 bulan...bayangkan betapa gembiranya kami kerana inilah yang kami nantikan selama ini..bukan harapan kami sahaja, malah bagi semua pasangan yang mendirikan rumahtangga akan mengharapkan kehadiran orang baru dalam kehidupan mereka...aku tidak sabar untuk berkongsi berita gembira ini dengan seluruh ahli keluarga kami, bayangkan betapa hari-hari yang mendatang kami sungguh bahagia..suami yang tercinta...nampak benar keceriaan dan terujanya dengan kehamilanku...Namun, aku seperti ibu-ibu hamil yang lain...mungkin disebabkan kepenatan bekerja dan kerap dalam perjalanan jauh..aku penat dan dimasukkan ke hospital...4 hari di dalam wad..semuanya ok dan aku dibenarkan pulang...aku ada lagi pertemuan dengan doktor memandangkan aku akan pulang ke kampung dengan perjalanan jauh..aku dinasihatkan agar banyak rehat dan tidak terlalu banyak hentakan kerana faham-faham jelah nak balik kampung...jauh nun di pantai timur..!!Selepas raya aku merujuk ke hospital untuk tujuan scan kandungan kami..di saat ini bermulanya episod sedih kami...doktor memberitahu bahawa jantung janinku tidak kelihatan..bayangkan betapa terkedunya aku pada waktu itu, pabila aku khabarkan pada suami..dia tidak menunjukkan reaksinya..namun aku memahaminya..mulut lelaki adalah dihatinya...Aku tidak putus-putus berdoa padaNYA...seandainya benar ia bukan rezeki kami lagi biarlah janinku ini turun sebaiknya...walaupun sedih dan risau..kami bersedia dan Redha dengan Qada dan Qadar NYA...Namun benarlah, inilah ujian berat bagi aku dan suami...kami telah kehilangannya...ALLAH lebih menyayanginya...aku keguguran tanpa diduga...kandunganku mencecah 4 bulan..cukup sifatnya, nampak tangan, jari, mata, telinga, paha...amat memilukan..betapa ALLAH Yang Maha kuasa..membenihkan insan di dalam rahim yang sekecilnya di dalam perut insna bergelar ibu...aku pilu..namun tetap mengkagumi ciptaan Ilahi yang cukup hebat ini...Suamiku pasrah kehilangannya..mungkin belum rezeki kami lagi..kami akur dengan ketentuannya...di awal situasi begini aku tidak nafikan agak sukar untuk menerimanya..kami Redha..erm...berbalik kepada lirik nasyid tadi...hayatilah kata-katanya. Ia memberi makna yang mendalam buatku..dan suami..kita semua sebagai hambaNYA, perlu sentiasa ingat-maningati..nasihat-menasihati...pesan berpesan..bahawa dalam kehidupan kita tidak semua yang telah kita lalui, yang sedang kita tempuhi dan yang akan kita harungi itu indah, bahagia, gembira, tenang dan menyeronokkan...hidup ini ada pasang surutnya..dan kita jangan alpa dengan semuanya itu...bersyukur dengan apa yang kita perolehi...ia adalah pemberian Ilahi..DIA yang memberi dan tidak mustahil DIA juga menariknya semula...! Apa yang telah kami hadapi itu adalah suatu pengalaman besar..aku insaf..Insyallah..aku selalu berdoa..semoga ALLAH akan makbulkan doa kami..kami tidak akan berputus asa...semoga kami akan cepat menimang cahaya mata..Insyallah..Amien....Buat pembaca sekalian..semoga kisah pengalaman yang aku paparkan ini akan menjadi pengajaran buat kalian..aku fikir bahawa kita seharusnya berkongsi kisah sebegini..ia baik sebagai tazkirah dan cerita pahit manis dalam kehidupan...ok! Setakat ini dulu....Terima kasih kerana membacanya!!!

Isnin, Oktober 19, 2009

Siapalah Daku isi-MU


Hidup tidak selalunya indah..langit tak selalu cerah..bulan malam tak berbintang..itulah lukisan alam...tatkala alunan lirik ini berkumandang...tatkala itu ia mengingatkan aku bahawa dalam kehidupan ini tak semestinya apa yang kita inginkan, yang diharapkan, yang diimpikan, yang diangankan akan menjadi kenyataan...lumrah alam..begitulah...demikian itu..sebagai hamba NYA yang lemah aku turut merasai dan menempuhinya...Dugaan NYA cukup hebat buatku..Lalu aku tidak berputus asa..DIA yang memberi Ujian..maka DIA jualah yang tahu Hikmah disebaliknya... Aku Redha...Aku memohon pada NYA agar aku terus tabah...cekal hati menempuhi kehidupan mendatang...semoga dengan Ujian yang ku terima ini akan menambahkan lagi keimanan dan ketaqwaan aku terhadap Rabbul Izzati...Setiap manusia hadir ke alam ini..bermulanya suatu kelahiran...lalu..sudah tentu akan berakhir dengan kematian..ia adalah suatu kehilangan..dan ia suatu yang amat sukar diterima...Redhalah...

Sabtu, Oktober 17, 2009

my family


salam iedulfitri... tahun nie merupakan tahun yang berbeza dari tahun sebelumnya. semoga ukhwah yang terjalin ini terus berkekalan...