Sabtu, Januari 30, 2010

PESAN IBU,AYAH & CIKGU



Pesanan Khas Buat Anak-anak Didikku...Murid Tahun Satu Arif..antaranya..Fikri, Amirul,Muhaimin,Umaira,Amira,Farhana,Alia Athirah,Farah&Salieza..semuanya comel..nakal??Biasa la..

Pesan Ibu
Jangan malas ke sekolah
Kelak kehidupan kita susah
Pesan Ayah
Jangan tinggikan suara
Nanti orang tidak hormatkan kita
Pesan Cikgu
Jangan bamyak ketawa
Kelak kita sering terleka
Pesan Ibu
Tuntut ilmu jangan mengeluh
Kelak hidup akan dicemuh
Pesan Ayah
Mesti hormat orang tua
Bahagia hidup selamanya
Pesan Cikgu
Sentiasa sedar siapa diri
Kelak tidak meninggi diri
Pesan Ibu
Mesti rajin telaah buku
Kelak menjadi insan berilmu
Pesan AYah
Hidup mesti ada jati diri dan kuat
Kelak menjadi manusia hebat
Pesan Cikgu
Sentiasa ingat Allah, solat jangan lupa
Kelak adalah jaminan di Syurga..

1 comments:

aine berkata...

salam, chik. ain da pandai tukar layout, nati ain g umah C. Chik ain ajar ye..... sbb step nyer rumit ckit..tata..
x sabar nak g jalan2 ke perak nti...