Jumaat, Januari 29, 2010

CEBISAN KENANGAN..ARK 1994-2000


Ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga
Meskipun kini kita terpisah demi Kasih-NYA
Namun cebisan kenangan sentiasa bermain dibayangan mata
Detik waktu yang berlalu menjadi memori kau dan aku
Sewaktu kita bersama saling setia menuntut ilmu
Tanpa mengenal erti penat jemu
Ingatkah kau lagi
Kita bersama memijak onak duri
Ditanah gersang mengutip semangat suci
Kini..segalanya tersurat dalam sanubari...
Bersabarlah dengan ketentuan-NYA
Ada rahmat tersembunyi
Bertemu berpisah kerana Allah
Lumrah kehidupan insan beriman
Teman..moga saat terindah berulang kembali..

Saat berkumandang lagu itu..mengingatkan aku suka duka di usia remaja tatkala menuntut ilmu..bersama rakan-rakan..Gedung Ilmu yang banyak mengajarku erti sebuah kehidupan..memberiku banyak pengalaman..memberiku peluang membina jati diri, mengenalkan aku tentang sebuah persahabatan dan ukhwah yang cukup indah dan akhirnya sehingga aku menjadi "adiwira" dalam kehidupanku...walaupun aku bukanlah "budak" yang bijak..pintar..atau bagus..aku hanyalah "seorang remaja sederhana" sahaja..SMU (A) AR-RAHMAH KENALI, KUBANG KERIAN KELANTAN..bermula dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 6 Atas..memori indah di situ..terlalu banyak..dan aku amat berbangga mengakui bahawa aku antara warga ARK..dulu kini dan selamanya..Insyallah..aku juga impikan bahawa suatu hari nanti aku mahu mencurah bakti dan berjasa kepada ARK..kini ARK sudah banyak berubah wajah..Nama juga baru..Maahad Ar-Rahmah Kenali..Tahniah buat semua warga Maahad ARK kini..teruskan perjuangan mendidik anak-anak bangsa..curahkan bakti tanpa jemu, cekalkan hati tanpa walau terpaksa menempuh onak berliku...aku..andai ada dikalangan sahabat mahupun kawan-kawan yang pernah bersama-sama menimba ilmu..ingatlah selalu ARK..aku..kiranya berpeluang akan menjengah di ARK..walaupun hanya berhentikan kereta buat seketika di hadapan ARK... aku pasti tersenyum sendirian..
Terima kasih Ustaz ..
Terima kasih Ustazah..
Terima kasih Cikgu..
Thank You Sir..
Thank You Teacher..
Terima Kasih Mudir..
Terima Kasih Acik Pak Cik Kantin..
Terima Kasih Pekerja Sekolah..
Mereka semua adalah guruku sejati..
Kalian takkan aku lupakan..
Semoga Allah membalas jasa dan bakti kalian..
Restuilah hidupku ini..
Doakanlah daku semoga aku turut
Memperoleh "Berkat" dari ilmu kalian..
Kini..aku juga memikul tanggungjawab sama..
Semoga aku akan cekal,tabah dan berjaya mendidik
Anak-anak Bangsa..
Akanku ajar mereka segigih, sehebat,secekal mana kalian
Mendidikku...
Ya Allah..berkatilah perjuanganku..rahmatilah...Amien..
Kenangan Chikmann sepanjang berada di ARK

1994- Tingkatan 1
1995- Tingkatan 2
1996- Tingkatan 3
Pengawas Sekolah
AJK Pers. Bhs Melayu
PMR
1997- Tingkatan 4
Pengawas Sekolah
AJK Pers. Bhs Melayu
AJK Pers. Undang2 Islam
s/u Rumah Pasukan Badminton
SMU
1998- Tingkatan 5
Pengawas Sekolah
s/u Pers. Bhs. Melayu
Bendahari Rumah Pasukan
SPM
1999- Tingkatan 6Bwh
Pen.Ket.Pengawas Sekolah
AJK Pers. Undang2 Islam
AJK Badan Dakwah ARK
AJK Badan Uniform Pengakap Sekolah
Pen.Pemimpin Pengakap Muda Perempuan Cawangan Kota Bharu
STU (kini STAM)
2000- Tingkatan 6Ats
Ketua Asrama Perempuan ARK
s/u Pers. Bhs Melayu
AJK Badar
AJK Badan Uniform Pengakap Sek
AJK ARKUSIS
STPM

Pencapaian:
1) Mendapat tempat Pertama dalam Pertandingan Perkhemahan Pengakap Perempuan Zon 2 dan Johan Pertandingan Kawad Kaki Perempuan. Tahun 2000.
2) Perkhemahan Jamboori Pengakap Cawangan Kota Bharu di Kem Kijang 1999.

2 comments:

Aine berkata...

Terima kasih buat semua... benarlah,bukan guru jer yang sepatutnya kita hormati, hatta tukang kebun, pakcik kantin, pak cik potong rumput pun berjasa untuk kita mencapai keselesaan dalam menuntut ilmu... tapi, gurulah yang paling berjasa memandu diri ini mengenal alif ba ta, satu dua tiga dan a b c...

d' azali berkata...

salam..
maafkn sy..
dulu sy bekas pelajar maahad al-imam d kubang kerian dn pada tahun 1997
x silap pelajar skolah kami ambil exam SMU di skolah anda..
sy ada kenal sorang pelajar perempuan
yg juga anak kepada seorg ust. kt skolah anda.. nama die nurul huda..
bt ape sy x pasti..awk kenal kah?