Selasa, Oktober 20, 2009

JOM KENALI SIAPAKAH EMPUNYA BLOG INI...HEHEHE


ASSALAMUALAIKUM SEMUA..ERM...
HARAPAN DAKU SEMOGA ORANG SIHAT DAN BAIK-BAIK AJA...

JOM KENALI SIAPAKAH GERANGAN EMPUNYA CHIKMANN INI..
Namaku Maslinda bt Mohamad, anak kelahiran Pantai Timur..negeri Kelantan Darul Naim. Dilahirkan seberat 3.50 kg pada pukul 8.30 pagi 09091981 di Hospital Besar Kota Bharu. Merupakan anak yang ke-12 dari 13 adik beradik. Masih mempunyai ayahanda yang mempunyai anak perempuan 8 orang & 5 anak lelaki. Ayahanda mempunyai cucu seramai 46 orang dan cicit seramai 4 orang. Mendapat pendidikan awal di Sk. Parang Puting sehingga Tahun 4 seterusnya di Sk. Mentuan hingga Tahun Enam. Menyambung pendidikan menengah di SMA(U) Ar-Rahmah Kenali. Sekolah yang banyak mengajarku erti kehidupan dan pengalaman yang amat berharga sekali. Zaman remaja amat menyeronokkan dan menjadi kenangan terindah...Tamat pendidikan menengah sehingga STPM dan melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Islam Malaysia (kini dikenali Universiti Sains Islam Malaysia USIM) Setahun menimba pengalaman bekerja di Maahad Tahfiz Al-Quran di Bandar Baru Bangi selama setahun dan melanjutkan pelajaran ( Diploma Pendidikan KPLI) di Institut Perguruan Raja Malewar selama setahun. Kini bergelar seorang pendidik di kawasan felda Negeri Sembilan. Mendirikan rumahtangga pada 19 November 2007.
chikmann itu asalnya adalah gelaran chik dari anak-anak buahku, manakala mann itu bermaksud "perasaan" (dalam bahasa Hindi) Namun ia berubah maksud pula..kerana suamiku bernama Mohd. Nazrul lalu 'mann' itu bermaksud ringkasan dari namanya...Orait!!!nanti kang sambung cerita lagi pasal kisah cintan ku...hehehe!


0 comments: