Rabu, Disember 16, 2009

Ayah oh Ayahku Sayang...


Tanggal 10 Disember 2009 yang lepas, genap umur ayahku 75 tahun..erm..da semakin bertambah usianya..Tatkala tibanya tarikh ulangtahun kelahirannya..tetiba ayah diserang demam..mungkin demam biasa je..sebab da lama ayah tak demam! Mungkin juga demam rindu..pada anak-anaknya la...!Dikesempatan cuti sekolah yang panjang begini aku akan cuba berhubung dengan adik beradikku yang lain..menziarahi mereka dan mengadakan aktiviti keramaian..Justeru, pada 11 Disember 2009 yang lalu, kami semua berpakat untuk pergi berkelah dipantai. Bak kata pepatah menyelam sambil minum air, kami bawa ayah bersama meskipun keadaan ayah masih tidak berapa sihat lagi. Namun terpancar kegirangan diwajah ayah untuk menyertai kami..kami sewakan chalet di situ untuk keselesaan ayah berehat. Jadi seperti kami meraikan Hari Keluarga berada di situ. Sri Perkasa Beach Resort nama tempatnya. Anak-anak, sejauh manakah kasih sayang terhadap ayah? Ayah, setebal manakah kasihnya pada anak-anak dan sayangnya pada cucunya? Walaupun masih berkerut dahi menahan penat dan lesu badan ayah tetap gagahkan kaki bersama kami. Anak-anak, sejauh mana berada, demi meraikan dan menggembirakan hati ayah yang dicintai sanggup berlapang masa bersama..Kasih ayah tak ternilai...sayang anak tiada tandingan..Ayah..sejak ketiadaan ibu hidupnya tiada berteman..namun keriuhan dan kehadiran anak-anaklah yang menjadi penawar dikala itu..pabila anak-anak berjauhan mulah terasa betapa rindunya..si anak pula, tatkala tidak menatap wajah ayah..tentunya terasa seperti ada kekurangan di sisi..Ayah dan anak...itulah keramatnya kasih sayang yang tiada bandingan..12 Disember 09, demam ayah masih belum baik...makan tak lalu, tidur tak lelap..terpancar kegusaran diraut wajahnya..kasihan ayah..tak pernah pula ayah mengalami keadaan sebegitu. di usia begini dia makin terasa sunyi dan inginkan teman..pada siapa mahu diadu? Ayahku seorang yang tabah..cekal hatinya..perahsia orangnya..mungkin kerana ayahku adalah " anak bongsu" dan sifat kemanjaannya masih terbawa-bawa..Ayah di bawa ke hospital pula kali ini, kerana demam ayah masih tidak baik lagi. Mungkin terkena denggi ke, darah tinggi ke...mana tahu?? Alhamdulillah ayah tiada apa-apa penyakit..bagi aku..dia rindukan keriuhan suara anak-anak dan abangku yang berada di Perak..Abangku terpaksa pulang awal ke negeri Perak kerana urusan pembelajarannya..kerana abang menyambung pengajiannya di IPT. Abang tidak berpeluang untuk tinggal lama bersama ayah di kampung..sepanjang masa ayah asyik menyebut nama abangku sahaja...kami 11 beradik ni sememangnya rapat dan akrab dengan ayah, tatkala begini tentunya ayah rindukan anak-anaknya...Aku menghubungi semua adik beradikku..Alhamdulillah, mana yang dekat terus pulang menziarahi ayah, mana yang jauh sentiasa bertanya khabar melalui telefon..Lihat...sejauh manakah kasih dan sayang ini dapat dinilaikan...? Aku berbangga...walaupun kehidupan kami sekeluarga adalah sederhana sahaja namun kasih sayang yang ada dalam hati anak-anak ayahku ini tiada bandingan untuk dinilaikan...Walaupun adik beradikku tidaklah kaya dan hidup mewah, namun kekayaan kasih sayang kami semua tiada mahar untuk dinilai...Aku berdoa pada Tuhan...Semoga ukhwah yang terjalin ini akan berterusan dan berkekalan selamanya..meskipun suatu hari nanti ayah tiada di sisi...kami semua tetap akrab dan silaturrahim kukuh selamanya..apa yang ingin ku kongsi dengan pembaca sekalian ialah kasih bapa dan sayang anak itu...Ayah..kami semua sayangkan ayah...Semoga ayah cepat baik dan sihat seperti dulu..Luv You Ayah!!!

2 comments:

aine aziz berkata...

salam ziarah chek chik.
baru jer trfikir nak tulis sal xpdc kita ke Pantai ari tu..
tup2 C. Chik masukkan lu..
tapi sodihnya gambo ain tak de...
semoga Tok Chek cepat sembuh, sama2la kita doakan ye...

chikmann berkata...

salam...ye ke..cian...xpe, saje gambo yg ada chiknyer..hehehe..laen kali chik lotak gamba ekau yo!!!