Isnin, November 02, 2009

Aduhai Anak-anak Didikku


Assalamualaikum...Hari ini rasa macam nak menulis sesuatu yang sekian lama bermain dibenakku...apakah aku sahaja yang memikirkannya ataupun semua orang sentiasa memikirkannya...? Hari- hari meneruskan rutin ke sekolah mengajar, mendidik..jumpa rakan sekerja dan macam2 lagi...Setiap kali pergi ke sekolah, macam -macam bermain diminda..setiap hari kita akan pelajari perkara yang baru..kita hadapi kerenah yang pelbagai..dan kesabaranlah yang banyak diduga..bercerita tentang "kesabaran" ini...ADuhai inilah kerenah anak-anak muridku...Tahun Satu ni memanglah mencabar sekali...nak mententeramkan mereka dengan kehadiran guru dalam kelas pun memakan masa hampir 15minit..bayangkanlah..di mana silapnya??Kerenah mereka yang masih meladeni keruwetan nakalnya...Tumpuan pada guru hanya 5minit pertamanya je..aduhai...Apa yang harus akuu lakukan...?nak marah? oh tidaaak...!!!!mungkin itulah jua sikap nakal semasa dibangku sekolah dulu..hehehe..Kadangkala aku fikir anak-anak kini terlalu seronok dengan dunia disekelilingnya..hinggakan lupa bahawa mereka perlu ke sekolah dan belajar...dunia dah maju sekarang..zaman pun dah berubah..alam persekolahan aku dahulu...penuh dengan takdib kalau ke sekolah hanya fikir nak belajar sahaja. Berbeza sungguh...justeru di sinilah peranan kita pendidik..Aduhai anak-anak muridku...kita guru, amanah kita bukan hanya mencurahkan ilmu bahkan mendidik mereka tentang adab tertib, budi bahasa dan kita sendiri seharusnya menjadi "teladan" yang baik kepada mereka..!Kini dah masuk tahun ke 4 aku bergelar pendidik...ini bermakna murid pertama product j-QAF disekolah ini dah Tahun 4...inilah cabaran aku dan rakan j-QAF yang lain..anak sulung kami inilah "penentu" kepada "airtangan" didikan kami...Aku selalu berdoa agar mereka semua akan menjadi anak-anak soleh & solehah...cemerlang dan bijak pandai semuanya..bak kata orang tua "sejuk mata memandang, hati pun tenang"..hehehe!Ini satu lagi persoalanku..." anak-anak sekarang ini apakah mereka sudah lupa adab, budi bahasa, tidak hormat orang tua atau ibu bapa mereka yang tidak mengikuti perkembangan zaman kini? Apa pendangan kalian??Jom kita kongsi bersama...TQ!

0 comments: