Selasa, Oktober 20, 2009

Besarnya Nikmat REDHA...

Setelah hampir 2 tahun mendirikan rumahtangga baru kini kami mendapat..aku disahkan mengandung 2 bulan...bayangkan betapa gembiranya kami kerana inilah yang kami nantikan selama ini..bukan harapan kami sahaja, malah bagi semua pasangan yang mendirikan rumahtangga akan mengharapkan kehadiran orang baru dalam kehidupan mereka...aku tidak sabar untuk berkongsi berita gembira ini dengan seluruh ahli keluarga kami, bayangkan betapa hari-hari yang mendatang kami sungguh bahagia..suami yang tercinta...nampak benar keceriaan dan terujanya dengan kehamilanku...Namun, aku seperti ibu-ibu hamil yang lain...mungkin disebabkan kepenatan bekerja dan kerap dalam perjalanan jauh..aku penat dan dimasukkan ke hospital...4 hari di dalam wad..semuanya ok dan aku dibenarkan pulang...aku ada lagi pertemuan dengan doktor memandangkan aku akan pulang ke kampung dengan perjalanan jauh..aku dinasihatkan agar banyak rehat dan tidak terlalu banyak hentakan kerana faham-faham jelah nak balik kampung...jauh nun di pantai timur..!!Selepas raya aku merujuk ke hospital untuk tujuan scan kandungan kami..di saat ini bermulanya episod sedih kami...doktor memberitahu bahawa jantung janinku tidak kelihatan..bayangkan betapa terkedunya aku pada waktu itu, pabila aku khabarkan pada suami..dia tidak menunjukkan reaksinya..namun aku memahaminya..mulut lelaki adalah dihatinya...Aku tidak putus-putus berdoa padaNYA...seandainya benar ia bukan rezeki kami lagi biarlah janinku ini turun sebaiknya...walaupun sedih dan risau..kami bersedia dan Redha dengan Qada dan Qadar NYA...Namun benarlah, inilah ujian berat bagi aku dan suami...kami telah kehilangannya...ALLAH lebih menyayanginya...aku keguguran tanpa diduga...kandunganku mencecah 4 bulan..cukup sifatnya, nampak tangan, jari, mata, telinga, paha...amat memilukan..betapa ALLAH Yang Maha kuasa..membenihkan insan di dalam rahim yang sekecilnya di dalam perut insna bergelar ibu...aku pilu..namun tetap mengkagumi ciptaan Ilahi yang cukup hebat ini...Suamiku pasrah kehilangannya..mungkin belum rezeki kami lagi..kami akur dengan ketentuannya...di awal situasi begini aku tidak nafikan agak sukar untuk menerimanya..kami Redha..erm...berbalik kepada lirik nasyid tadi...hayatilah kata-katanya. Ia memberi makna yang mendalam buatku..dan suami..kita semua sebagai hambaNYA, perlu sentiasa ingat-maningati..nasihat-menasihati...pesan berpesan..bahawa dalam kehidupan kita tidak semua yang telah kita lalui, yang sedang kita tempuhi dan yang akan kita harungi itu indah, bahagia, gembira, tenang dan menyeronokkan...hidup ini ada pasang surutnya..dan kita jangan alpa dengan semuanya itu...bersyukur dengan apa yang kita perolehi...ia adalah pemberian Ilahi..DIA yang memberi dan tidak mustahil DIA juga menariknya semula...! Apa yang telah kami hadapi itu adalah suatu pengalaman besar..aku insaf..Insyallah..aku selalu berdoa..semoga ALLAH akan makbulkan doa kami..kami tidak akan berputus asa...semoga kami akan cepat menimang cahaya mata..Insyallah..Amien....Buat pembaca sekalian..semoga kisah pengalaman yang aku paparkan ini akan menjadi pengajaran buat kalian..aku fikir bahawa kita seharusnya berkongsi kisah sebegini..ia baik sebagai tazkirah dan cerita pahit manis dalam kehidupan...ok! Setakat ini dulu....Terima kasih kerana membacanya!!!

1 comments:

Aine berkata...

salam, chik... sabar ya.. Insya Allah,Allah akan anugerahkan untuk Chik n A. Chik zuriat yang lebih baik dan yakinlah setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. sama2 lah kita doakan..amien..