Sabtu, April 09, 2011

Merpati Oh Merpati




Al-kisah...minggu ni genap kandunganku 35 minggu..Macam-macam perasaan bermain-main difikiran..takutnya..berdebarnya..tak sabarnya..terujanya..menunggu saat kelahiran ini..Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin..Kisah ibu mengandung ni aku pasti banyak ceritanya..suka duka..betul tak??Alhamdulillah..setakat ni apa aja yang terlintas difikiran..akan aku terus dapatkannya..yelah, apa orang kata..mengidam..aku sentiasa berdoa jangan ada keinginan atau permintaan yang pelik dan susah nak dapat...kasihan suami tercinta..bersusah payah nanti. Namun tak terlepas jua..ada la sekali dalam kenangan...hehehe..Kisahnya bila mula cuti sekolah Mac yang lepas kami pulang ke kampung. Entah macamana laluan perjalanan hendak ke rumah mertua dan ayahku memang terdapat beberapa kedai menjual,pembekal makanan burung. Terlintas difikiran tentang burung puyuh. Tapi dah biasa makan dan senang je nak dapatkan ia, namun kisahnya terfikir tentang keistimewaan daging burung merpati. Kata mak "bagus untuk kecerdasan kanak-kanak dan melahirkan anak genius" Terus lak aku fikirkan nak merasa makan burung merpati...dagingnya sedap..lembut macam daging purung puyuh kot..aku khabarkan pada suami, ok jawabnya..abang akan belikan. Waktu itu kandunganku berusia 7 bulan. Musim cuti sekolah, semua orang maklum betapa tak cukup rasanya 7hari dlam seminggu itu..dan cepatnya masa berlalu dan suamiku tidak berkesempatan untuk membelinya meskipun dah banyak kali asyik lalu je depan kedai tu..huhuhu..tak mengapalah, cuba cari kat Negeri Sembilanlah..pujuk diriku sendiri. Rupa-rupanya..susah betul nak dapatkan burung merpati kat kawasan ni, kasihan suami mencari-cari kedai, bertanyakan rakan sekerjanya, aku pun turut sama bertanyakan rakan-rakan..bimbangnya takut tidak berkesempatan nak makan..asyik ingatkan burung tu je. Erm..akhirnya aku luahkan rasa beria-ria nak makan burung merpati ni pada seorang rakan guru..dia cakap insyallah dia akan cuba carikan kat kampungnya. Alhamdulillah...ada rezeki aku nak merasa makan burung merpati..dia dapatkan 2 ekor untuk aku. Terima kasih banyak-banyak Cikgu Alizman& Isteri,bersusah payah pulang ke kampungnya petang hari yang sama dan malamnya terus nak hantar burung tu..akhirnya dapat merasa. Syukur...terima kasih Kak Bad & Suaminya yang juga bersusah mencarikan burung merpati..terima kasih Cikgu Zainal GPK ku..sibuk bertanyakan orang yang dia kenal..carikan burung..mudah-mudahan Allah dapat membalas jasa baik kalian..Merpati oh merpati..kecoh dibuatnya..gara-gara nak makan burung tu..habis semua orang kena mencari..inilah parahnya kalau orang perempuan yang mengidam..heheh..tak dicari...nayalah kan..Terima kasih banyak untuk suami tercinta..bersusah ye abang..sabar je abang melayani kerenahku yang bermacam-macamn ni..insyallah..baby yang bakal lahir takkan banyak kerenahnya macam umminya..hehehe..Luv U!!

2 comments:

Unknown berkata...

ada contact tak nak dapatkan daging burung merpati... ni giliran bini aku plak yg mengidam... hub sy 019-4208167

Maslinda Bt. Mohamad berkata...

nk dptkan daging tu, biasa nye cr kt kedai yg menjual haiwan ternakan...pasti ada..kebetulan kt tempat sye ni susah nk dpt..ada je kt kedai mcm tu..smg bjaya dptkn brng mrpati..